Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura kaji kesan projek HSR ke atas alam sekitar

Singapura akan terus mengkaji kesan projek Kereta Api Laju Singapura-Kuala Lumpur ke atas alam sekitar, sebelum ia memuktamadkan reka bentuknya di Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura kaji kesan projek HSR ke atas alam sekitar
Diterbitkan : 12 Jan 2018 10:53PM Dikemas Kini : 12 Jan 2018 10:55PM

SINGAPURA: Singapura akan terus mengkaji kesan projek Kereta Api Laju Singapura-Kuala Lumpur ke atas alam sekitar, sebelum ia memuktamadkan reka bentuknya di Singapura.

Pihak Malaysia sudah menjalankan penilaiannya bulan lepas.

Menjawab pertanyaan Mediacorp, Kementerian Pengangkutan (MOT), menyatakan sebagai sebahagian proses perancangannya, Syarikat Prasarana Kereta Api Laju Singapura, SG HSR sudah melantik seorang perunding kajian kejuteraan serta subkontraktor untuk mengkaji kesan projek tersebut ke atas sekitaran.

Kajian tersebut dijalankan sejak Januari tahun lepas dan akan diteruskan sehingga reka bentuk projek bagi bahagian yang terletak di Singapura, dimuktamadkan.

Bagi pihak Malaysia pula, laporan disiapkan oleh sebuah syarikat swasta iaitu Minconsult Sdn Bhd. Laporan itu sudah diserahkan kepada Jabatan Persekitaran Malaysia untuk disemak.

Laluan kereta api sepanjang 350 kilometer itu akan mempunyai lapan perhentian antara Malaysia dan Singapura. Stesen pertama terletak di Jurong East dan stesen terakhir terletak di Kuala Lumpur.

Ia dijangka siap pada 2026. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan