Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura kaji bantuan lanjut untuk firma terjejas oleh kekurangan tenaga kerja

Pihak berkuasa "amat peka" tentang kekurangan tenaga kerja yang dihadapi oleh syarikat-syarikat dalam sektor binaan, limbungan kapal dan proses, dan akan terus mengkaji semula sama ada langkah sokongan tambahan diperlukan, kata Menteri Kedua Tenaga Manusia Tan See Leng pada Selasa (11 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura kaji bantuan lanjut untuk firma terjejas oleh kekurangan tenaga kerja

Pekerja di tapak binaan. (Gambar: AFP/Roslan Rahman)

Diterbitkan : 11 May 2021 07:55PM Dikemas Kini : 11 May 2021 07:56PM

SINGAPURA: Pihak berkuasa "amat peka" tentang kekurangan tenaga kerja yang dihadapi oleh syarikat-syarikat dalam sektor binaan, limbungan kapal dan proses, dan akan terus mengkaji semula sama ada langkah sokongan tambahan diperlukan, kata Menteri Kedua Tenaga Manusia Tan See Leng pada Selasa (11 Mei).

Sektor-sektor itu yang sangat bergantung pada pekerja hijrahan, menanggung akibat daripada sekatan COVID-19, termasuk larangan baru-baru ini ke atas para pemegang pas jangka panjang dan pelawat jangka pendek dari India yang mana penularan virus itu telah bertambah buruk.

Berucap di Parlimen, Dr Tan berkata jumlah pemegang permit kerja dalam ketiga-tiga sektor itu merosot hampir 60,000 atau 16 peratus pada tahun lalu.

Memberikan perincian lanjut dari Mac 2020 hingga April 2021, sektor-sektor itu menyaksikan purata aliran keluar bersih 2,400 pemegang permit kerja dan pas S setiap bulan. Daripada jumlah itu, 1,800 pekerja adalah daripada sektor binaan.

Sektor perkhidmatan kehilangan sekitar 42,000 pekerja dalam tempoh yang sama, mewakili aliran keluar bersih 3,200 pekerja setiap bulan.

Secara keseluruhan, sektor-sektor itu menyaksikan aliran keluar bersih 5,600 pekerja sebulan, kata Dr Tan.

Pihak berkuasa telah mengambil langkah untuk menangani kekangan tenaga kerja, dengan meluluskan kemasukan purata 5,100 pemegang permit kerja dan Pas S setiap bulan dari November 2020 hingga April 2021.

Namun sekatan terhadap pekerja dari negara-negara berisiko tinggi "berkemungkinan berterusan untuk masa agak lama", katanya.

"Ini sedang saiz aliran masuk perlu dikurangkan apabila situasi COVID-19 bertambah buruk di negara-negara sumber ini... dan kami hanya boleh meningkatkan aliran kemasukan ini apabila situasi di negara-negara asal bertambah baik," kata Dr Tan kepada Dewan.

"Kerana ini adalah satu-satunya cara kami dapat pastikan keselamatan aliran masuk pekerja di samping menguruskan dan mengawal risiko jangkitan dalam masyarakat kita."

Pihak berkuasa juga sedang meneliti para pekerja dari negara sumber bukan tradisional, tetapi "ia akan mengambil masa", kata Dr Tan.

Pelanjutan "automatik" kelulusan secara prinsip (IPA) bagi pekerja hijrahan juga sedang dikaji semula, kata Dr Tan dalam jawapan kepada soalan berasingan oleh Ketua Pembangkang Pritam Singh.

Ini sedang ketidaktentuan terhadap kawalan pandemik di kebanyakan negara-negara asal menyebabkan kenaikan besar dalam jumlah pekerja yang menunggu untuk memasuki SIngapura.

Dr Tan juga berkata kelulusan kemasukan sebenar diberikan secara berasingan dan ia berdasarkan kuota risiko negara ini, kemudahan kuarantin yang tersedia dan pertimbangan lain.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan