Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura, Indonesia sahkan hubungan kukuh pertahanan dua hala yang lama terjalin

Singapura dan Indonesia menegaskan lagi hubungan pertahanan dua hala yang erat dan sudah lama terjalin. 

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura, Indonesia sahkan hubungan kukuh pertahanan dua hala yang lama terjalin

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen bersama rakan sejawatannya dari Indonesia, Prabowo Subianto. (Gambar fail)

Diterbitkan : 03 Jun 2021 07:15PM Dikemas Kini : 03 Jun 2021 07:17PM

SINGAPURA: Singapura dan Indonesia menegaskan lagi hubungan pertahanan dua hala yang erat dan sudah lama terjalin.

Menerusi perbualan telefon, Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen mengucapkan terima kasih kepada rakan sejawatannya dari Indonesia, Prabowo Subianto, kerana sokongannya terhadap Dialog Shangri-La walaupun ia tidak dapat diadakan tahun ini.

Dalam catatan Facebook,
Dr Ng berharap dapat bertemu Encik Prabowo sewaktu lawatan perkenalannya di Singapura sebaik sahaja keadaan COVID-19 bertambah baik.

Mereka bertukar-tukar pandangan mengenai cabaran keselamatan serantau di samping membincangkan cara-cara untuk memperkukuh kerjasama pertahanan di tengah epidemik sekarang.

Ini terutamanya dalam bidang-bidang bantuan kemanusiaan dan bantuan bencana, serta keselamatan maritim.

Kedua-dua menteri itu juga berharap dapat bertemu di Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan ASEAN secara maya hujung bulan ini. 

Sumber : CNA/MM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan