Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura ikrar sokongan padu kepada perjanjian WHO tangani kencing manis

Singapura mengikrarkan sokongan kuat kepada satu komitmen baru antarabangsa bagi menangani penyakit kencing manis.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Apr 2021 05:51PM Dikemas Kini : 16 Apr 2021 12:30AM

SINGAPURA: Singapura mengikrarkan sokongan kuat kepada satu komitmen baru antarabangsa bagi menangani penyakit kencing manis.

Perjanjian Kencing Manis Sedunia atau 'Global Diabetes Compact' itu dipelopori Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Berucap di sidang puncak secara online mengenainya, Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata usaha menangani penyakit itu menjadi keutamaan besar Singapura.

Satu daripada setiap tiga rakyat Singapura dijangka menghidap kencing manis semasa hayat mereka.

"Kencing manis adalah penyakit yang tidak dapat dilihat. Ia tidak kelihatan sebagai penyebab utama kematian tetapi hakikatnya banyak serangan jantung, angin ahmar dan kegagalan ginjal disebabkan oleh kencing manis. Kencing manis juga menyulitkan rawatan banyak penyakit lain termasuk COVID-19," kata PM Lee.

Singapura mengisytiharkan perang melawan penyakit kencing manis, lima tahun lalu.

Pada masa ini minuman siap diminum wajib mempunyai gred dan label.

Selain itu iklan bagi minuman mengandungi gula yang tinggi diharamkan.

Di samping itu satu program nasional juga dilaksanakan bagi membantu mengesan awal penyakit kencing manis.

Sumber : CNA/MU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan