Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura ikrar sokong kumpul dana pertama serantau tangani bencana

Singapura mengikrarkan sokongannya kepada usaha pengumpulan dana serantau yang pertama bagi menangani bencana.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 05 May 2018 01:40AM Dikemas Kini : 05 May 2018 01:44AM

SINGAPURA: Singapura mengikrarkan sokongannya kepada usaha pengumpulan dana serantau yang pertama bagi menangani bencana.

Kemudahan Insurans Risiko Bencana Asia Tenggara atau SEADRIF itu bertujuan menawarkan bantuan kewangan segera kepada negara-negara serantau selepas berlaku bencana alam.

Sokongan Singapura itu diumumkan Menteri Kewangan Heng Swee Keat di luar Mesyuarat Menteri-menteri kewangan ASEAN campur tiga dan Gabenor-gabenor Bank Pusat di Manila.

"Terdapat jurang perlindungan dalam pembiayaan hari ini. Kemudahan Insurans Risiko Bencana Asia Tenggara atau SEADRIF adalah langkah ke hadapan bagi merapatkan jurang tersebut," kata Encik Heng.

Encik Heng berkata terdapat keperluan untuk dana perlindungan sedemikian.

Di bawah skim SEADRIF negara-negara peserta akan bekerjasama dengan industri insurans semula yang akan menyediakan perlindungan bagi kejadian bencana alam.

Ini tentunya akan meringankan beban pemerintah-pemerintah bagi membiayai kerosakan akibat kejadian serupa itu.

Selaku Pengerusi ASEAN, Singapura akan bekerjasama dengan Jepun dan Bank Dunia bagi menyediakan huraian pembiayaan yang inovatif kepada negara-negara peserta, selepas berlaku bencana alam.

Kemboja, Laos dan Myanmar yang pertama dalam ASEAN, untuk menyertai skim itu.

Sebagai sebahagian daripada komitmennya terhadap daya usaha itu, Singapura akan menyumbang sokongan kewangan kepada dana untuk menggerakkan SEADRIF.

Jumlah sumbangan itu belum diumumkan tetapi Kementerian Kewangan mengatakan ia jumlah "bermakna." 

Sumber : CNA/MM/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan