Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura, Hong Kong, Paris bandar termahal di dunia untuk ekspatriat

Singapura, Hong Kong dan Paris dinamakan sebagai bandar yang paling mahal untuk didiami oleh golongan ekspatriat. 

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura, Hong Kong, Paris bandar termahal di dunia untuk ekspatriat

(Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 19 Mar 2019 09:16AM Dikemas Kini : 19 Mar 2019 09:18AM

SINGAPURA: Singapura, Hong Kong dan Paris dinamakan sebagai bandar yang paling mahal untuk didiami oleh golongan ekspatriat. Demikian menurut hasil tinjauan yang didedahkan pada Selasa (19 Mac) yang dijalankan oleh Unit Pengumpulan Maklumat Ekonomi (EIU) ke atas 133 bandar.

Ia juga kali pertama dalam sejarah tinjauan itu di mana tiga bandar mengongsi kedudukan sebagai bandar termahal di dunia, menurut EIU.

Hong Kong dan Paris masing-masing menduduki tangga keempat dan kedua pada tahun lalu. Manakala Singapura disenaraikan bandar termahal di dunia sejak lima tahun lalu.

Tinjauan Kos Sara Hidup EIU 2019 membandingkan harga bagi lebih 400 barangan serta 160 produk dan perkhidmatan. Ini termasuk harga makanan, minuman, pakaian, barangan rumah, produk dandanan diri, serta sekolah privet, gaji pembantu rumah dan kos riadah.

Tinjauan yang dijalankan dua kali setahun itu bertujuan membantu syarikat-syarikat mengambil kira elaun kos sara hidup dan pakej pampasan bagi golongan ekspatriat serta para pengunjung bisnes.

Menurut laporan - kos sara hidup di Singapura dan Hong Kong adalah tujuh peratus lebih tinggi berbanding New York. Manakala kos sara hidup di Seoul sama parasnya dengan New York yang menduduki tangga ketujuh dalam tinjauan tersebut.

Empat bandar Asia turut disenaraikan dalam 10 tangga teratas pada tahun ini termasuk Osaka dan Seoul selain Singapura dan Hongkong. Bandar-bandar lain dalam 10 tangga teratas termasuk Zurich, Geneva, Copenhagen, New York, Tel Aviv dan Los Angeles.

Meskipun Asia mempunyai beberapa bandar termahal dalam senarai itu, ia turut menawarkan bandar-bandar termurah di dunia.

Ini seperti Bangalore, Chennai, New Delhi, dan Karachi di Pakistan, adalah antara 10 lokasi dengan kos sara hidup yang paling murah di dunia. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan