Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura, Hong Kong pantau keadaan COVID-19 jelang aturan perjalanan 26 Mei

Singapura dan Hong Kong memantau keadaan COVID-19 sedang mereka membuat persiapan bagi memulakan aturan khas perjalanan udara pada 26 Mei ini, yang akan membolehkan perjalanan bebas kuarantin.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 03 May 2021 07:59PM Dikemas Kini : 03 May 2021 09:36PM

SINGAPURA: Singapura dan Hong Kong memantau keadaan COVID-19 sedang mereka membuat persiapan bagi memulakan aturan khas perjalanan udara pada 26 Mei ini, yang akan membolehkan perjalanan bebas kuarantin.

Namun kedua-dua pihak menyatakan pembukaan semula sempadan harus dilakukan dengan hati-hati, sambil menambah, langkah-langkah perlindungan seperti kriteria penggantungan sudah sedia ada.

Kenyataan itu dibuat sedang kes COVID-19 dalam masyarakat meningkat di Singapura sepanjang minggu lalu.

"Sekarang kita bergelut dengan kelompok jangkitan yang merebak di salah satu hospital kita. Tetapi untungnya, dan seperti sekarang, kes-kes yang tidak berkaitan dalam masyarakat kekal rendah," kata Menteri Pengangkutan Ong Ye Kung hari ini (3 Mei).

"Untuk membuka semula sempadan, pemerintah perlu membezakan risiko dari pelbagai wilayah. Kita cuba buka dengan berhati-hati dengan kawasan yang mengekalkan jangkitan domestik yang rendah. Pada masa yang sama, ketatkan pembukaan di tempat-tempat yang mempunyai kadar jangkitan tinggi. Ini adalah satu-satunya cara."

Encik Ong berkata Singapura dan Hong Kong mesti bersedia membuat penyesuaian, sedang keadaan COVID-19 berubah.

Beliau berucap di dialog maya dengan para pemimpin perniagaan dan pegawai pemerintah dari 21 negara APEC.

Topik-topik lain yang dibincangkan termasuk kegunaan pasport kesihatan digital dan vaksinasi apabila perjalanan disambung semula.

Hong Kong menghendaki penduduknya mendapatkan vaksin sepenuhnya, sebelum mengikuti penerbangan aturan khas. 

Sumber : CNA/MM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan