Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura harap dapat mempercepat perjanjian e-dagang, rangkaian inovasi ASEAN

Singapura, sebagai pengerusi ASEAN, berharap dapat segera memeterai perjanjian e-dagang dan membentangkan rangkaian inovasi baru bagi membantu para peniaga yang ingin menebar sayap di luar negara.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura harap dapat mempercepat perjanjian e-dagang, rangkaian inovasi ASEAN

(Gambar hiasan: Christy Yip)

Diterbitkan : 02 Mar 2018 10:10PM Dikemas Kini : 02 Mar 2018 10:13PM

SINGAPURA: Singapura, sebagai pengerusi ASEAN, berharap dapat segera memeterai perjanjian e-dagang dan membentangkan rangkaian inovasi baru bagi membantu para peniaga yang ingin menebar sayap di luar negara.

Demikian menurut Menteri Perdagangan dan Perusahaan (Perdagangan) Lim Hng Kiang di Parlimen hari ini (2 Mac).

Pejanjian e-dagang ASEAN akan membantu para peniaga untuk mengembangkan perniagaan mereka. Mereka juga akan mendapat akses kepada pasaran lebih besar dengan adanya undang-undang perdagangan pemerintah yang diperkemas.

Encik Lim berkata sesetengah syarikat mendapati peraturan-peraturan di merata negara ASEAN masih mengelirukan memandangkan e-dagang sesuatu yang baru di rantau ini.

Perjanjian itu bakal memperkemas beberapa undang-undang yang sedia ada bagi menggalak ketersambungan digital lebih luas serta mengurangkan hambatan yang ada bagi mereka yang ingin memulakan pernigaan.

Rundingan antara Singapura dan anggota-anggota ASEAN masih dijalankan dan akan dimuktamadkan pada 2018 ini.

Selain itu, Singapura akan memanfaatkan kedudukannya sebagai pengerusi ASEAN dalam urusan Rangkaian Inovasi ASEAN (AIN), umum Encik Lim. Matlamatnya ialah bagi mengukuhkan rangkaian yang ada antara ekosistem-ekosistem inovasi di ASEAN, tambah beliau.

Menyifatkan ASEAN sebagai "pasaran dengan potensi besar" yang dapat ditembusi Singapura dengan lebih mudah, Encik Lim berkata Singapura sedang mengukuhkan kerjasamanya dengan ASEAN melalui integrasi ekonomi serantau di samping inisiatif-inisiatif dua hala.

Antara inisiatif-inisiatif lain termasuk perjanjian dengan negara-negara jiran, seperti Malaysia dan Indonesia.

Enterprise Singapore, entiti baru - gabungan IE Singapore dan SPRING - akan ditubuhkan pada April 2018 bagi meninjau bidang-bidang sinergi yang ada di Indonesia.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan