S'pura hantar lebih 120,000 dos vaksin COVID-19 AstraZeneca ke Thailand
Singapura menghantar 122,400 dos vaksin COVID-19 AstraZeneca ke Thailand dalam membantu usaha negara itu mengatasi COVID-19.
SINGAPURA: Singapura menghantar 122,400 dos vaksin COVID-19 AstraZeneca ke Thailand dalam membantu usaha negara itu mengatasi COVID-19.
Demikian menurut Kementerian Ehwal Luar Singapura (MFA) pada Isnin (27 Sep).
Sumbangan kepada Thailand itu juga termasuk 200,000 ujian diagnostik dan 500,000 ujian swab hidung, menurut MFA dalam satu kenyataan.
"Singapura dan Thailand adalah teman rapat dengan hubungan dua hala yang terjalin kukuh dan lama," menurut MFA.
"Sumbangan kami mengukuhkan komitmen kedua-dua negara untuk mengharungi pandemik ini bersama."
Duta Singapura di Bangkok Kevin Cheok menyerahkan bekalan itu kepada Timbalan Perdana Menteri Thailand merangkap Menteri Kesihatan Awam Anutin Charnvirakul pada Isnin.
Pada bulan lalu, Thailand menyatakan ia ingin meminjam 150,000 dos vaksin AstraZeneca dari Bhutan di tengah-tengah kekurangan bekalan di negara itu.
Pada Isnin, Thailand melaporkan 10,288 kes baru COVID-19 dan lagi 101 kematian.
Pihak berkuasa Thailand juga mengumumkan bahawa ia sedang membuat persiapan untuk menerima pelawat antarabangsa yang sudah lengkap divaksinasi tanpa perlu menjalani kuarantin.
LAPORAN BERKAITAN: Thailand singkatkan tempoh kuarantin COVID-19 bagi pelawat antarabangsa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.