Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura hab logistik penting di tengah-tengah COVID-19: Chan Chun Sing

Industri logistik Singapura dikenal pasti sebagai sektor yang akan berkembang dengan keadaan COVID-19 menjadikannya sebagai hab logistik yang penting.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 Oct 2020 10:48PM Dikemas Kini : 28 Oct 2020 12:34AM

SINGAPURA: Industri logistik Singapura dikenal pasti sebagai sektor yang akan berkembang dengan keadaan COVID-19 menjadikannya sebagai hab logistik yang penting.

Demikian dikongsi Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing sewaktu lawatannya ke firma logisik DB Schenker pada Selasa (27 Okt).

Pada masa lalu, logistik merangkumi perihal kecekapan misalnya bagaimana barang-barang anda boleh dihantar daripada lokasi A ke lokasi B.

Namun menurut Encik Chan, sekarang kecekapan bukan saja penting untuk syarikat, bahkan negara juga.

Ini melibatkan kecekapan memindahkan barang-barang daripada pelabuhan ke lapangan terbang, dan kemudahan-kemudahan lain serta prasarana yang diperlukan dan sistem berdaya tahan yang boleh dipercayai.

"Kenapa selama ini, produk yang berguna untuk masa terhad, bernilai tinggi, dan produk-produk yang ada jaminan tinggi datang ke Singapura, lebih-lebih lagi sewaktu situasi COVID-19? Sekiranya mana-mana rangkaian terganggu, kita mampu berubah dan memastikan kita mampu untuk terus menyediakan khidmat-khidmat yang dituntut oleh pelanggan," jelas Encik Chan.

Meskipun di tengah-tengah pandemik sekarang, sektor-sektor yang bernilai tinggi seperti bioperubatan dan teknologi infokom, mahu berniaga di Singapura.

Bagi memastikan sektor ini kekal maju, pemerintah akan terus memastikan mereka yang berada dalam sektor logistik global seperti DB Schenker meluaskan operasi dan terus berkembang di negara ini.

Dengan cara ini Singapura kelak akan kekal sebagai hab logistik bukan saja di rantau ini tetapi juga di peringkat antarabangsa. 

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : CNA/UR/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan