Images
  • ship
    Kapal M'sia berlanggar dengan kapal kargo pukal Pireas pada 9 Feb. (Gambar: SPF)

S'pura gesa M'sia undurkan semua kapalnya dari perairan S'pura

SINGAPURA: Kementerian Ehwal Luar Singapura (MFA) mengulangi gesaannya supaya Malaysia mengundurkan semua kapalnya dari kawasan perairan Singapura.

MFA menegaskan, Malaysia akan bertanggungjawab, jika kapal-kapalnya yang berada di kawasan perairan Singapura menyebabkan keadaan yang tidak diingini di lokasi itu.

Semalam (9 Feb), sebuah kapal pengangkut pukal yang berdaftar di Greece, Pireas berlanggar dengan sebuah kapal Kerajaan Malaysia, Polaris dekat Tuas.

Menurut satu kenyataan MFA kehadiran berterusan kapal-kapal Malaysia di kawasaan berkenaan, jelas boleh menimbulkan ancaman keselamatan kepada pelayaran.

Kapal Greek itu sedang dalam pelayaran dari Singapura menuju ke Tanjung Pelepas di Johor apabila pelanggaran itu berlaku.

MFA mengatakan kemalangan itu berlaku di luar kawasan sempadan perairan yang dituntut Malaysia dalam tahun 1979 dan tidak pernah diiktiraf Singapura.

- CNA/MM/na

Top