Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura gantung import telur puyuh dari ladang ternakan M'sia yang menyediakan 20% bekalan

Singapura menggantung import telur burung puyuh segar dari sebuah ladang penternakan di Malaysia yang menyediakan 20 peratus daripada keseluruhan bekalan telur burung puyuhnya, selepas menemui sisa ubat pada produk tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura gantung import telur puyuh dari ladang ternakan M'sia yang menyediakan 20% bekalan

Singapura mendapatkan telur puyuh - segar atau diproses - dari negara-negara seperti Malaysia, China, Taiwan dan Vietnam, dengan segelintir daripadanya dihasilkan di sini. (Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 05 Oct 2019 09:52AM Dikemas Kini : 05 Oct 2019 09:54AM

SINGAPURA - Singapura menggantung import telur burung puyuh segar dari sebuah ladang penternakan di Malaysia yang menyediakan 20 peratus daripada keseluruhan bekalan telur burung puyuhnya, selepas menemui sisa ubat pada produk tersebut.

Agensi Makanan Singapura (SFA) memberitahu Mediacorp pada Jumaat (4 Okt) bahawa ia sudah menggantung import dari Telic Farm di Malaysia selepas nicarbazin, sejenis ubat yang berfungsi sebagai pencegah burung daripada bertelur, dikesan dalam telur-telur burung puyuh keluarannya bulan lalu.

Nicarbazin juga digunakan untuk mencegah penyakit cacing tertentu pada ternakan ayam itik.

Satu pemberitahuan mengenai penggantungan tersebut diumumkan di laman SFA pada Isnin (30 Sep).

"Penggantungan itu akan dikuatkuasakan sehingga SFA mengesahkan bahawa ladang tersebut menyediakan langkah-langkah untuk memastikan telur-telur yang dihasilkannya tidak mengandungi sisa-sisa ubat dan selamat untuk dimakan," menurut agensi tersebut pada Jumaat (4 Okt) sebagai menjawab pertanyaan Mediacorp.

Singapura mendapatkan telur-telur burung puyuh - yang segar dan diproses - dari negara-negara seperti Malaysia, China, Taiwan dan Vietnam, sementara sebahagiannya dihasilkan dalam negeri, menurut SFA.

Tahun lalu, Telic Farm mengeksport sekitar 17 juta telur puyuh ke Singapura. Ini membentuk sekitar 20 peratus bekalan keseluruhan telur puyuh di sini, tambah SFA. 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan