Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura, Filipina meterai 8 MOU kerjasama pelbagai sektor ekonomi

Singapura dan Filipina memeterai lapan Memorandum Persefahaman (MOU) bagi kerjasama dalam pelbagai sektor ekonomi. Ia termasuk bidang teknologi pertanian, pengurusan air serta bekalan elektrik di kawasan luar bandar, kesenian dan budaya, 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 Sep 2019 08:52PM Dikemas Kini : 09 Sep 2019 11:41PM

SINGAPURA: Singapura dan Filipina memeterai lapan Memorandum Persefahaman (MOU) bagi kerjasama dalam pelbagai sektor ekonomi. Ia termasuk bidang teknologi pertanian, pengurusan air serta bekalan elektrik di kawasan luar bandar, kesenian dan budaya, perlindungan data selain latihan pekerja untuk revolusi perusahaan seterusnya.

Perjanjian-perjanjian tersebut dimeterai semasa Lawatan Negara lima hari Presiden Halimah Yacob ke Filipina.

Atas undangan Presiden Rodrigo Duterte, Puan Halimah mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya itu dari Filipina.

Menurut Puan Halimah, mereka membincangkan pelbagai isu dan menegaskan lagi hubungan kukuh antara kedua-dua negara.

Bagaimanapun, Puan Halimah menambah beliau dan Presiden Duterte akur bahawa lebih banyak usaha boleh dilakukan untuk meningkatkan kerjasama dua hala.

Puan Halimah berkata beliau terutamanya mengalu-alukan kemajuan dalam isu perjanjian mengelakkan cukai berganda serta usaha meluaskan perjanjian pengangkutan udara antara Singapura dengan Filipina.

Singapura adalah pelabur asing terbesar Filipina dalam kalangan negara-negara Asia Tenggara dan kedua terbesar dalam kalangan negara-negara merata dunia pada tahun lalu. 

Sumber : CNA/AA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan