S'pura duduki tangga ke-9 dalam kalangan 23 negara berhubung respons terhadap COVID-19
Rakyat tempatan meletakkan Singapura di tangga kesembilan dalam kalangan 23 negara berhubung responsnya terhadap pandemik COVID-19.
SINGAPURA: Rakyat tempatan meletakkan Singapura di tangga kesembilan dalam kalangan 23 negara berhubung responsnya terhadap pandemik COVID-19.
Demikian menurut satu tinjauan online yang dijalankan agensi Blackbox Research dan Toluna yang meninjau lebih 12,500 responden dari Amerika Syarikat, Asia serta sebahagian Eropah dan Timur Tengah.
93 peratus rakyat Singapura merasakan maklumat tepat tentang virus COVID-19 membantu menangani pandemik tersebut.
Namun 34 peratus responden terkejut betapa Singapura kurang bersedia menanganinya.
Namun demikian, peratusan itu lebih rendah berbanding purata global.
25 peratus responden juga merasakan para pemimpin perniagaan memberikan respons yang baik dengan memberi keutamaan kepada isu pekerjaan.
Rakyat China meletakkan negara mereka di tangga teratas sementara kebanyakan rakyat negara-negara anggota G7 merasakan pemerintah mereka kurang bersedia menghadapi krisis tersebut.
Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.