Images

S'pura disenaraikan dalam 10 bandar bijak yang mudah didiami di dunia

SINGAPURA: Singapura satu-satunya bandar Asia yang tersenarai dalam 10 kedudukan teratas dalam Indeks Bandar-Bandar Bijak dan Mudah Didiami di Dunia - iaitu di tangga kesembilan.

Bandar-bandar di Switzerland iaitu Zurich dan Geneva mendahului senarai tersebut.

Satu kajian Insitut Daya Saing Asia di Singapura menentukan betapa mudah para penduduk boleh tinggal di sesebuah bandar. Ini ditentukan berdasarkan 99 petunjuk.

Bagi memenuhi penekanan terhadap bandar-bandar bijak, beberapa petunjuk ditambah seperti kesediaan teknologi yang mengambil kira kelajuan Internet dan keselamatan hubungan.

Petunjuk-petunjuk yang digunakan dibahagikan kepada bidang ekonomi, sekitaran, keselamatan, sosio-budaya dan politik. 

- CNA/AA/aq

Top