Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura dipilih semula anggota Majlis Pertubuhan Maritim Antarabangsa

Singapura dipilih semula sebagai anggota Majlis Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) buat kali ke-14 berturut-turut.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 30 Nov 2019 04:22PM Dikemas Kini : 30 Nov 2019 09:20PM

SINGAPURA: Singapura dipilih semula sebagai anggota Majlis Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) buat kali ke-14 berturut-turut.

Pertubuhan yang berpangkalan di London itu, menghimpunkan pemerintah-pemerintah dunia untuk membincangkan hal-hal teknikal yang menjejas industri perkapalan antarabangsa.

Ia termasuk keselamatan maritim, kawalan keselamatan dan pencemaran dari kapal-kapal.

Dalam catatan Facebooknya, Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan berkata, Singapura berbesar hati dipilih semula ke dalam majlis itu dan mengalu-alukan sokongan negara anggota lain.

Beliau menambah, Singapura sudah menyumbang secara aktif kepada usaha mencapai matlamat IMO.

Singapura pertama kali dipilih ke Majlis IMO pada 1993.

Sumber : CNA/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan