Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura dijemput menyertai sidang puncak dan mesyuarat G20 tahun depan

Singapura dijemput Argentina untuk menyertai mesyuarat-mesyuarat G20 dan Sidang Puncak Buenos Aires tahun depan. Demikian menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) dan Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan bersama hari ini (7 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura dijemput menyertai sidang puncak dan mesyuarat G20 tahun depan

Presiden Argentina menyampaikan ucapan di acara G20. (Gambar: Juan Mabromata/ AFP)

Diterbitkan : 07 Dec 2017 08:52PM Dikemas Kini : 07 Dec 2017 09:06PM

SINGAPURA: Singapura dijemput Argentina untuk menyertai mesyuarat-mesyuarat G20 dan Sidang Puncak Buenos Aires tahun depan. Demikian menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) dan Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan bersama hari ini (7 Dis).

Sidang Puncak Buenos Aires, yang bakal diadakan dari 30 November hingga 1 Disember, merupakan mesyuarat ke-13 bagi para ketua negara dan pemerintah G20.

Menurut kenyataan itu, mereka yang hadir akan membincangkan tentang cabaran-cabaran berdepan dengan ekonomi global serta dasar-dasar bagi menggalak "pertumbuhan yang kukuh, mampan, seimbang dan inklusif".

"Singapura dan Argentina mempunyai hubungan dan kerjasama baik," tambah kenyataan itu.

"Sebagai pusat kewangan dan hab bagi pelaburan di Asia, Singapura berbesar hati dapat menyumbang secara aktif dalam perbincangan G20 yang menggalak sistem ekonomi antarabangsa yang terbuka dan berlandaskan peraturan. Selain itu, Singapura dapat menyumbang dalam aspek pembiayaan prasarana, kerjasama cukai antarabangsa, dan kerja-kerja masa depan."

Ia menambah bahawa Kumpulan Orang-orang Kenamaan G20 dalam Pentadbiran Kewangan Global, yang dipengerusi Timbalan Perdana Menteri Tharman Shanmugaratnam akan mengemukakan cadangan mereka kepada para menteri kewangan G20 dan gabenor bank pusat menjelang Oktober tahun depan. Cadangan itu hasil peninjauan isu berkaitan dengan pentadbiran kewangan global.

Sebagai pengerusi Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) pada 2018, Singapura akan bekerjasama dengan Argentina untuk "mengukuhkan kerjasama antara G20 dan ASEAN, salah satu kawasan yang paling pesat berkembang di dunia", dedah MFA dan MOF.

Menurut kenyataan itu lagi, sebagai ahli Kumpulan Pentadbiran Global, Singapura juga akan berusaha untuk menggalakkan "penglibatan lebih kuat" antara G20 dengan lebih ramai anggota Bangsa-Bangsa Bersatu.

Singapura akan bekerjasama dengan Argentina, ahli G20 lain dan rakan kongsi untuk "mencapai hasil kejayaan" pada sidang puncak dan mesyuarat tahun depan. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan