Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura di 'tahap kritikal' lawan COVID-19; setiap orang mesti amal tanggungjawab sosial, tegas Menteri Masagos

Singapura kini berada di "tahap kritikal" dalam perjuangan kita menangani pandemik COVID-19. Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli menegaskan demikian dalam catatan yang dimuat naik ke akaun Facebooknya hari ini (5 Apr). 

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura di 'tahap kritikal' lawan COVID-19; setiap orang mesti amal tanggungjawab sosial, tegas Menteri Masagos

Pegawai NEA dan duta SG Clean dikerah ke beberapa pusat penjaja seperti Pusat Penjaja Marsiling Mall untuk memastikan pengunjung mematuhi jarak selamat. (Gambar: Masagos Zulkifli/Facebook)

SINGAPURA: Singapura kini berada di "tahap kritikal" dalam perjuangan kita menangani pandemik COVID-19. Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli menegaskan demikian dalam catatan yang dimuat naik ke akaun Facebooknya hari ini (5 Apr).

Encik Masagos, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, menekankan betapa setiap anggota masyarakat perlu mengambil dengan amat serius langkah-langkah menjaga jarak selamat yang diperkenalkan Pemerintah sejak beberapa minggu lalu. Beliau berkata semua langkah itu bertujuan menjaga warga Singapura dan mengurangkan penularan virus korona dalam masyarakat.

Awal hari ini, para pegawai Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) kata beliau, dikerahkan turun padang ke pusat-pusat penjaja untuk memastikan bahawa langkah-langkah menjaga jarak selamat itu diamalkan orang ramai. Menurut Encik Masagos, perkara yang sama akan dilakukan di pasar raya.

Mulai 7 April hingga 4 Mei, cawangan makanan dan minuman (F&B) hanya boleh dibuka bagi khidmat membungkus makanan untuk dibawa pulang dan/atau penghantaran. Pelanggan tidak dibenarkan menjamu selera di premis F&B.

Menteri itu mengingatkan sesiapa yang didapati gagal mematuhi langkah-langkah yang sudah diperkenalkan Pemerintah akan diberi surat amaran sekiranya mereka berkeras untuk menunjukkan sikap tidak ambil endah.

(Infografik: Masagos Zulkifli/Facebook)


(Infografik: Masagos Zulkifli/Facebook)

"Saya faham ada keluarga yang mahu duduk semeja. Bagaimanapun, semua pengunjung termasuk keluarga, digalakkan untuk mematuhi langkah-langkah jarak selamat

"Jika tidak boleh menjarakkan tempat duduk, anggota keluarga boleh duduk bersama jika memang makan bersama di rumah dan ketahui status kesihatan setiap anggota," kata beliau.

Menukil kata-kata Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus bahawa COVID-19 adalah sebuah "ancaman yang belum berlaku sebelum ini", Encik Masagos akur sekarang adalah masa yang mencabar untuk segenap warganegara.

Nasihat beliau: "Kita mesti mengamalkan tanggungjawab sosial dan membuat penyesuaian yang diperlukan untuk melindungi diri kita, keluarga dan negara kita."  

Sumber : BERITA Mediacorp/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan