Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura dan Austria kongsi matlamat bersama inovasi, pendigitalan, kata PM Lee

PM Lee berkata kedua-dua Singapura dan Austria negara mempunyai matlamat bersama iaitu memupuk inovasi dan daya penghasilan serta menggalak proses pendigitalan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Oct 2018 07:16PM Dikemas Kini : 18 Oct 2018 09:59PM

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata Singapura dan Austria adalah serupa dan bukan sahaja dari segi saiz.

Bercakap dalam sidang media bersama dengan Canselor Austria hari ini (18 Okt), PM Lee berkata kedua-dua buah negara juga mempunyai matlamat bersama iaitu memupuk inovasi dan daya penghasilan serta menggalak proses pendigitalan.

Kedua-dua orang pemimpin menyaksikan acara memeterai Memorandum Persefahaman, bagi Singapura dan Austria bertukar-tukar maklumat dan amalan terbaik dalam ekonomi digital.

Ini selain daripada proses digital pemerintah, e-dagang dan digital serta teknologi-teknologi baru.

Menurut PM Lee, MOU tersebut merupakan langkah pertama ke arah kerjasama meluas dalam bidang pendigitalan.

Namun beliau menarik perhatian masih ada bidang-bidang lain yang boleh diteroka.

"Lebih banyak syarikat Austria dengan teknologi dan berpotensi terutama bersaiz sederhana yang tidak begitu kenal dengan rantau Timur Jauh dan jika kita boleh mendekati mereka dan menggalakkan mereka datang dan memahami peluang yang ada, saya rasa ada banyak potensi," kata PM Lee.

"Ada juga peluang bagi kerjasama dalam bidang R&D antara institut kajian kita dan Austria dan antara universiti kita dengan universiti Austria. Saya fikir ini adalah perkara yang boleh diteroka secara progresif."

Sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini dan Austria pula selaku Presiden Majlis Kesatuan Eropah, kedua-dua orang pemimpin akur, ini boleh dimanfaatkan.

Canselor Kurz berkata mereka berminat untuk menjalin kerjasama lebih kukuh. Ramai peniaga Austria berinat untuk meluaskan perniagaan di Singapura sebagai gerbang masuk ke Asia dan Austria sebagai gerbang masuk ke Eropah.

Mengenai rangka lawatan seterusnya ke Brussels bagi Sidang Puncak Asia-Eropah ke-12, PM Lee berkata beliau berharap Perjanjian Dagangan Bebas antara Kesatuan Eropah dengan Singapura, yang akan dimeterai esok, menjadi penunjuk arah bagi Perjanjian Dagangan Bebas EU-ASEAN.

Menurut PM Lee, ASEAN dan EU sedang berusaha menyiapkan Perjanjian Menyeluruh Pengangkutan Udara yang pertama seumpamanya menghubungkan lebih satu bilion orang di dua rantau itu.

Sumber : CNA/AA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan