Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura, China sahkan hubungan dua hala yang lama dan erat

Ini termasuk kerjasama di bawah Inisiatif Belt & Road, Inisiatif Demonstrasi China-Singapura (Chongqing) mengenai Koridor Pengangkutan Selatan-Hubungan Strategik dan kerjasama negara ketiga.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura, China sahkan hubungan dua hala yang lama dan erat

PM Lee dan Menteri Luar China Wang Yi. (Gambar: Kementerian Perhubungan dan Penerangan)

Diterbitkan : 03 Aug 2018 10:48PM Dikemas Kini : 03 Aug 2018 10:53PM

SINGAPURA: Menteri Luar dan Kaunselor Negara China Wang Yi bertemu Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong pada Jumaat (3 Ogos) dan kedua-dua pihak mengesahkan hubungan dua hala yang terjalin "lama dan rapat". Ini menurut Kementerian Ehwal Luar Singapura (MFA).

Encik Wang berada di Singapura untuk Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN dan mesyuarat berkaitan di Singapore Expo.

Semasa pertemuan mereka di Istana, PM Lee dan Encik Wang menilai semula "kerjasama dua hala yang luas dan pelbagai", menurut MFA, sambil menambah bahawa mereka sudah membincangkan cara-cara untuk memperkukuhkan dan memperluaskan hubungan kedua-dua negara.

Ini termasuk kerjasama di bawah Inisiatif Belt & Road, Inisiatif Demonstrasi China-Singapura (Chongqing) mengenai Koridor Pengangkutan Selatan-Hubungan Strategik dan kerjasama negara ketiga.

Kedua-dua pihak juga membincangkan perkembangan serantau dan antarabangsa yang penting, seperti memperkukuhkan hubungan ASEAN-China, mempercepatkan rundingan Kerjasama Ekonomi Menyeluruh Serantau (RCEP) dan kepentingan mengekalkan hubungan Sino-Amerika Syarikat yang stabil.

PM Lee berkata beliau mengalu-alukan lawatan rasmi Perdana Menteri Li Keqiang ke Singapura pada November sempena Sidang Puncak ASEAN ke-33 dan sidang Puncak yang berkaitan.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan