Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura catat 182 kes tempatan COVID-19, 135 berkait kelompok Pelabuhan Perikanan Jurong

Singapura melaporkan 182 jangkitan tempatan COVID-19 setakat tengah hari Selasa (20 Jul), dengan 135 kes berhubung kait dengan kelompok Pelabuhan Perikanan Jurong.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura catat 182 kes tempatan COVID-19, 135 berkait kelompok Pelabuhan Perikanan Jurong

(Gambar: Petikan Google Street View, Try Sutrisno Foo/CNA)

Diterbitkan : 20 Jul 2021 05:58PM Dikemas Kini : 20 Jul 2021 06:01PM

SINGAPURA: Singapura melaporkan 182 jangkitan tempatan COVID-19 setakat tengah hari Selasa (20 Jul), dengan 135 kes berhubung kait dengan kelompok Pelabuhan Perikanan Jurong.

Lagi 12 kes dikesan dalam kelompok KTV, menjadikan jumlah kes dalam kelompok tersebut sebanyak 205.

Kelompok Pelabuhan Perikanan Jurong/ Pasar & Pusat Penjaja Hong Lim adalah kelompok aktif terbesar, dengan 314 kes.

Antara kes baru yang diumumkan, 156 berhubung kait dengan jangkitan sebelumnya, dengan 81 sudah dikuarantin manakala 75 dikesan melalui ujian pengawasan.

Baki 26 jangkitan tidak berkait dengan kes-kes terdahulu, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kini awal hariannya.

Kes baru itu termasuk dua warga emas berusia lebih 70 tahun yang tidak menerima vaksinasi dan berisiko menghidap penyakit serius, tambah MOH.

Terdapat juga 13 jangkitan import, yang sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan setiba mereka di sini. Enam kes dikesan semasa tiba di Singapura, sementara tujuh lagi jatuh sakit semasa dalam tempoh SHN atau pengasingan.

Secara keseluruhan, Singapura melaporkan 195 kes COVID-19 baru pada Selasa.

Jumlah itu adalah kes harian tertinggi dicatatkan sejak 10 Julai tahun lalu apabila 191 jangkitan dikesan.

Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata pada Isnin bahawa kelompok KTV dan kelompok Pelabuhan Perikanan Jurong "saling berkait". Kedua-dua kelompok itu melibatkan virus varian Delta yang berbeza daripada jangkitan yang terdapat dalam kelompok-kelompok tempatan lain, dan lebih mirip dengan yang dikesan dalam kes diimport dari Indonesia.

Sementara kelompok KTV "mula reda", jangkitan kelompok Pelabuhan Perikanan Jurong "meningkat secara membimbangkan" dan merebak dalam masyarakat, kata Encik Ong dalam satu kenyataan di Facebook.

Sehinggat Selasa, Singapura melaporkan 63,440 kes COVID-19 kesemuanya.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan