Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura calonkan ketua IPOS untuk terajui Pertubuhan Hak Milik Intelektual Dunia

Ketua eksekutif Pejabat Hak Milik Intelektual Singapura (IPOS), Encik Daren Tang, sudah dicalonkan untuk jawatan ketua pengarah bagi Pertubuhan Hak Milik Intelektual Dunia (WIPO).

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura calonkan ketua IPOS untuk terajui Pertubuhan Hak Milik Intelektual Dunia

(Gambar: Tommy Koh/Facebook)

Diterbitkan : 13 Nov 2019 11:45PM Dikemas Kini : 13 Nov 2019 11:47PM

SINGAPURA: Ketua eksekutif Pejabat Hak Milik Intelektual Singapura (IPOS), Encik Daren Tang, sudah dicalonkan untuk jawatan ketua pengarah bagi Pertubuhan Hak Milik Intelektual Dunia (WIPO). Ia adalah sebuah agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menggalak perlindungan hak intelektual.

Encik Tang sudah menerajui IPOS - sebuah lembaga berkanun di bawah Kementerian Undang-Undang sejak 2015, setelah mengambil alih jawatan daripada Encik Tan Yih San.

Beliau kini menerajui jawatankuasa tetapbagi isu hak cipta dan hak berkaitan WIPO.

Berpangkalan di Geneva, Switzerland, WIPO mempunyai 192 negara anggota dan menyelia 26 perjanjian antarabangsa berkaitan perlindungan hak milik intelektual.

Ketua Pengarah WIPO sekarang ialah warga Australia, Francis Gurry, yang memegang jawatan tersebut sejak 2008, menyelia pertubuhan itu sepanjang dua penggal enam tahun.

Penggal Encik Gurry berakhir pada 30 Sep 2020.

Pada 30 Sep tahun ini, satu surat dihantar oleh pengerusi bagi jawatankuasa penyelarasan WIPO kepada kesemua negara anggota, mengundang mereka untuk menyarankan seorang warga masing-masing sebagai calon bagi jawatan ketua pengarah. Mereka perlu melantik seseorang menjelang 30 Disember.

Jawatankuasa penyelarasan WIPO perlu melantik seorang calon bagi jawatan ketua pengarah menjelang awal Mac tahun depan dan mesyuarat agung dijadualkan akan melantik seseorang bagi jawatan itu menjelang Mei 2020.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan