Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura, Britain peringati 200 tahun S'pura diasaskan dengan kerjasama baru

Menjelang sambutan memperingati 200 tahun negara ini diasaskan pada 2019, Singapura dan Britain akan meraikan ulang tahun itu dengan "kerjasama yang baru dan substantif".

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura, Britain peringati 200 tahun S'pura diasaskan dengan kerjasama baru

(Gambar: Lianne Chia)

Diterbitkan : 20 Apr 2018 10:14AM Dikemas Kini : 20 Apr 2018 10:16AM

LONDON: Menjelang sambutan memperingati 200 tahun negara ini diasaskan pada 2019, Singapura dan Britain akan meraikan ulang tahun itu dengan "kerjasama yang baru dan substantif".

Ini dibincangkan semasa mesyuarat dua hala antara Perdana Menteri Lee Hsien Loong dengan rakan sejawatannya dari Britain Theresa May semalam (19 Apr).

PM Lee berada di London bagi Mesyuarat Ketua-ketua Pemerintah Komanwel (CHOGM) yang bermula secara rasmi semalam (19 Apr).

Butiran tentang kerjasama itu masih tidak jelas, namun matlamat di sebalik kerjasama itu ialah bagi memperingati ulang tahun tersebut.

"KESINAMBUNGAN" MESKI BREXIT

Semasa pertemuan itu, kedua-dua pemimpin bersetuju untuk mengambil "pendekatan berterusan" yang akan mampu memberi kepastian susulan Britain menarik diri daripada Kesatuan Eropah (EU), menurut Pejabat Perdana Menteri.

Ini bermakna Britain terus melaksanakan semua perjanjian luar yang dimeterai EU dengan pihak lain dalam tempoh penguatkuasaan - tempoh peralihan menuju Brexit yang akan berlangsung sehingga Disember 2020.

Mereka bersetuju bahawa apabila perjanjian disahkan, Perjanjian Dagangan Bebas Singapura-EU akan menjadi asas yang baik bagi hubungan perdagangan dua hala pada masa depan, menurut Pejabat Perdana Menteri lagi.

Rundingan mengenai Perjanjian Dagangan Bebas Singapura-EU, yang merupakan perjanjian dagangan pertama yang terjalin antara Kesatuan Eropah dengan sebuah negara anggota ASEAN, dimuktamadkan pada Oktober 2014.

EU dan Singapura komited untuk bekerjasama ke arah pengesahan perjanjian itu menjelang hujung tahun ini. Ia dijangka diserahkan kepada Majlis, dan Parlimen Eropah untuk diluluskan.

Mahkamah Tinggi EU menetapkan Mei tahun lalu bahawa FTA akan hanya sah apabila ia mendapat persetujuan 38 parlimen dari 28 negara anggota dalam blok serantau itu.

PM Lee juga mengalu-alukan hasrat Britain untuk mengukuhkan kerjasamanya dengan ASEAN, serta melakukan lebih banyak bagi menyokong pembangunan negara-negara anggota Komanwel, termasuk menghulurkan bantuan teknikal. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan