Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura 'berhubung rapat' dengan Hong Kong setelah COVID-19 'bertambah teruk'

Pihak berkuasa di Singapura akan memberi maklumat terkini "tidak lama lagi" mengenai Perjalanan Udara Aturan Khas atau "Air Travel Bubble" (ATB) Singapura-Hong Kong, setelah kes COVID-19 di wilayah khas China itu naik dengan mendadak pada Jumaat (20 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura 'berhubung rapat' dengan Hong Kong setelah COVID-19 'bertambah teruk'

(Gambar-gambar: AFP)

Diterbitkan : 20 Nov 2020 11:35PM Dikemas Kini : 20 Nov 2020 11:37PM

SINGAPURA: Pihak berkuasa di Singapura akan memberi maklumat terkini "tidak lama lagi" mengenai Perjalanan Udara Aturan Khas atau "Air Travel Bubble" (ATB) Singapura-Hong Kong, setelah kes COVID-19 di wilayah khas China itu naik dengan mendadak pada Jumaat (20 Nov).

Singapura bakal melancarkan Perjalanan Udara Aturan Khas dengan Hong Kong pada Ahad ini, dengan satu penerbangan setiap hari ke setiap bandar.

Bagaimanapun, Hong Kong mencatatkan 26 kes baru COVID-19 pada Jumaat, dengan pegawai kesihatan kanan negara itu menggambarkan keadaan itu sebagai "bertambah buruk".

Sebelum ini, rancangan ATB itu dikatakan akan digantung selama dua minggu jika jangkitan COVID-19 menjangkaui lima kes bagi purata tujuh hari sama ada di HOng Kong ataupun Singapura.

Dalam respons kepada pertanyaan Mediacorp, Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) menyatakan bahawa orang awam sudah bertanya jika rancangan untuk Perjalanan Udara Aturan Khas itu akan diteruskan seperti dirancang, di tengah-tengah keadaan COVID-19 di Hong Kong.

"Kami sedang bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan Singapura untuk mengumpul fakta dan memberi maklumat terkini kepada orang awam nanti," menurut CAAS.

"Pemerintah Singapura dan Hong Kong sedang berbincang rapat mengenai keadaan itu."

Setiausaha bagi Makanan dan Kesihatan Profesor Sophia Chan berkata pada Jumaat bahawa Hong Kong "mungkin sudah memasuki gelombang baru kes (COVID-19)", menukil pakar-pakar dan maklumat dari Pusat bagi Pelindungan Kesihatan.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan