Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura belum terima cadangan rasmi bina laluan ketiga

Singapura belum menerima sebarang cadangan rasmi dari Malaysia berkaitan laluan ketiga menghubungkan kedua-dua negara dari sebelah timur Johor.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura belum terima cadangan rasmi bina laluan ketiga

Link kedua ke Malaysia dari Tuas. (Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 31 Aug 2018 10:41AM Dikemas Kini : 31 Aug 2018 10:42AM

SINGAPURA: Singapura belum menerima sebarang cadangan rasmi dari Malaysia berkaitan laluan ketiga menghubungkan kedua-dua negara dari sebelah timur Johor.

“Kami tidak menerima sebarang cadangan atau komunikasi rasmi dari Malaysia berkaitan laluan ketiga antara Singapura dan Malaysia,” kata jurucakap Kementerian Pengangkutan (MOT) dalam satu kenyataan semalam (30 Ogos).

Terdahulu,Menteri Besar Johor Osman Sapian berkata kerajaan Johor berhasrat untuk membina laluan ketiga itu bagi mengurangkan kesesakan di Tambak Johor dan Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua).

Bagaimanapun, beliau berkata cadangan tersebut perlu terlebih dahulu dikemukakan kepada kerajaan pusat untuk dipertimbangkan.

Rancangan berkenaan bertujuan menghubungkan Pengerang dengan Pulau Ubin menerusi jambatan sepanjang tiga kilometer dan sebuah terowong dasar laut. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan