Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura bantu gerakan mencari 2 warga S'pura yang hilang ketika berkayak di Mersing

Pihak berkuasa Singapura sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Malaysia untuk mengesan dua warga Singapura yang hilang semasa berkayak di perairan Mersing, Johor pada Khamis.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 Aug 2019 05:29PM Dikemas Kini : 10 Aug 2019 11:35PM

SINGAPURA: Pihak berkuasa Singapura sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Malaysia untuk mengesan dua warga Singapura yang hilang semasa berkayak di perairan Mersing, Johor pada Khamis.

Menurut Kementerian Ehwal Luar Singapura (MFA) pada Sabtu (10 Ogos), sejak kedua-dua warga Singapura itu dilaporkan hilang pada 9 Ogos 2019, Konsulat-Jeneral Singapura di Johor Bahru berhubung rapat dengan pihak berkuasa Malaysia yang menyelaraskan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

"Satu pasukan dari Konsulat-Jeneral Singapura kini berada di lapangan untuk memberi bantuan dan sokongan," menurut kenyataan MFA.

MFA menambah Kementerian dan Konsulat-Jeneral akan terus menghulurkan bantuan konsular kepada para waris warga Singapura yang hilang itu dan membantu operasi pencarian dijalankan.

Encik Tan Eng Soon, dan Cik Puah Geok Tin dipercayai terpisah dari sekumpulan 15 warga Singapura lain yang berkayak dengan mereka dari jeti Penyabong di Mersing.

Terkini, kawasan operasi bagi mencari dan menyelamat diperluaskan sehingga 150 batu nautika persegi.

Pencarian itu yang bermula dari Tanjung Resang, Mersing sehingga Kuala Rompin, Pahang, adalah penambahan kepada 15 batu nautika persegi kawasan pencarian, semalam.

Operasi kali ini melibatkan sebuah aset udara dan tiga buah bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Polis Diraja Malaysia selain disertai Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Sumber : Bernama/CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan