Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura bakal laksanakan beberapa langkah kukuhkan pertahanan siber

Singapura sedang mengukuhkan pertahanan siber menerusi beberapa langkah termasuk perundangan sedang ia menghadapi ancaman siber yang meningkat.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Dec 2017 05:21PM Dikemas Kini : 16 Dec 2017 09:15PM

SINGAPURA: Singapura sedang mengukuhkan pertahanan siber menerusi beberapa langkah termasuk perundangan sedang ia menghadapi ancaman siber yang meningkat.

Tahun ini, rangkaian-rangkaian Kementerian Pertahanan dan dua universiti digodam walaupun negara ini terlepas daripada serangan malware atau perisian hasad.

Serangan-serangan siber berlaku di peringkat global tahun ini.

Salah satunya WannaCry ransomware, yang menjejas kira-kira 200,000 komputer di 150 negara.

Mujur Singapura terkecuali.


"Bukanlah kerana Singapura terutamanya cekap dalam hal ini ataupun rakyat Singapura sangat waspada dengan serangan malware. Kita bernasib baik.

"Apabila serangan berlaku, komputer kita tidak terjejas kerana ia menyasarkan sistem-sistem operasi komputer yang lebih tua," kata Encik David Koh, Ketua Eksekutif bagi Agensi Keselamatan Siber Singapura.

Namun, menurutnya, hanya masa yang akan menentukan sebelum Singapura akan turut terjejas.

Lantas bagi meningkatkan pertahanan negara, Rang Keselamatan Siber akan dibentangkan di parlimen tahun depan.

Jika diluluskan, pihak-pihak yang mengendalikan khidmat di 11 sektor kritikal perlu memantapkan infrastruktur mereka dan melaporkan insiden penggodaman.

Bagaimanapun industri-industri yang menguruskan peralatan mesin seperti loji-loji rawatan air dan janakuasa, tidak berupaya melakukan peningkatan secepat mungkin kerana perlu meneruskan operasi harian.

Agensi Keselamatan Siber akan bekerjasama dengan sektor-sektor relevan bagi mengukuhkan keselamatan infrastruktur mereka.

Tetapi penjenayah siber juga kian menggunakan kaedah canggih dan firma keselamatan siber Fortinet meramalkan penggodan akan menggunakan kecerdikan tiruan untuk melancarkan serangan lebih berbahaya.

Satu contoh ialah penggunaan hivenets bagi menggodam lelaman yang mempunyai pelbagai sumber atau dipanggil serangan DDOS.

Operasi penjenayah siber juga lebih tersusun dan berupaya mengelakkan sistem pertahanan tradisional.

Oleh itu pertubuhan-pertubuhan dan pemerintah digesa supaya mengongsi bahan risikan untuk memerangi ancaman siber.   

Sumber : CNA/MM/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan