Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura bakal jadi tuan rumah Sidang Puncak ASEAN ke-32 bermula Rabu

Singapura akan menjadi tuan rumah bagi sidang puncak dan mesyuarat-mesyuarat ASEAN yang ke-32 di bawah kepimpinannya sebagai pengerusi ASEAN.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura bakal jadi tuan rumah Sidang Puncak ASEAN ke-32 bermula Rabu

(Gambar: Romeo Gacad/ AFP)

Diterbitkan : 24 Apr 2018 10:22PM Dikemas Kini : 24 Apr 2018 10:23PM

SINGAPURA: Singapura akan menjadi tuan rumah bagi sidang puncak dan mesyuarat-mesyuarat ASEAN yang ke-32 di bawah kepimpinannya sebagai pengerusi ASEAN.

Menurut kenyataan Pemerintah hari ini (24 Apr), Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan mempengerusikan sidang puncak tersebut yang bakal diadakan di Hotel Shangri-La.

Sidang itu merupakan perhimpunan pertama para pemimpin ASEAN yang dianjurkan oleh Singapura tahun ini.

"Para pemimpin akan membincangkan tentang keutamaan ASEAN, cabaran serta peluang-peluang yang ada dalam usaha untuk mengukuhkan lagi kebingkasan dan inovasi ASEAN tahun ini," menurut kenyataan itu.

Mereka juga akan bertukar-tukar pandangan tentang pembangunan serantau dan antarabangsa.

Menjelang sidang puncak itu, Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan dan Menteri Perdagangan dan Perusahaan (Perdagangan) Lim Hng Kiang juga akan mempengerusikan mesyuarat menteri-menteri ASEAN berhubung keselamatan politik dan ekonomi ASEAN.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan