Images
  • vivian balakrishnan (1)
    Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan. 

S'pura, AS sahkan hubungan baik

WASHINGTON: Singapura dan Amerika Syarikat mengesahkan lagi hubungan dua hala sangat baik yang sudah sekian lama terjalin.

Ini hasil pertemuan antara Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Mike Pompeo dan Penasihat Keselamatan John Bolton di Washington DC.

Dr Balakrishnan dan Encik Pompeo mengalu-alukan kerjasama yang kian rapat dalam bidang-bidang pertahanan dan perdagangan.

Kedua-dua pemimpin juga membincangkan cara-cara menangani cabaran global bersama dan mengurangkan ancaman pengganasan.

Dr Balakrishnan turut menarik perhatian tentang pentingnya pelibatan berterusan Amerika Syarikat di rantau ini, termasuk melalui ASEAN.

Semasa lawatan empat hari itu, Dr Balakrishnan mengadakan majlis meraikan para anggota kumpulan kokus Dewan Kongres bagi Singapura.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada 60 anggota kumpulan itu atas sokongan kuat mereka terhadap usaha mengukuhkan lagi hubungan antara Amerika Syarikat dengan Singapura.

Di majlis itu, Dr Balakrishnan juga menemui para anggota utama Kongres Amerika Syarikat.

- CNA/MU/ai

Top