Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura, AS meterai MOU baru sokong pelaburan, akses dana dagangan

Lebih banyak sokongan akan diberikan kepada firma-firma Amerika Syarikat dan Singapura dalam membiayai perdagangan dan pelaburan di kedua-dua negara. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Dec 2020 07:41PM Dikemas Kini : 16 Dec 2020 09:17PM

SINGAPURA: Lebih banyak sokongan akan diberikan kepada firma-firma Amerika Syarikat dan Singapura dalam membiayai perdagangan dan pelaburan di kedua-dua negara.

Ia bagi membolehkan firma-firma terus melakukan urus niaga dan meneroka peluang-peluang dalam keadaan mencabar sekarang.

Komitmen itu diikrarkan dalam satu Memorandum Persefahaman (MOU) yang dimeterai antara Singapura dengan Amerika Syarikat pada Rabu (16 Dis) bagi merancakkan perdagangan dua hala untuk mewujudkan peluang pertumbuhan.

Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing dan Setiausaha Perniagaan Amerika Syarikat Wilbur Ross menandatangani MOU itu.

Mereka menegaskan akan bekerjasama ke arah pemulihan ekonomi lebih kukuh pasca COVID-19.

MOU selama dua tahun itu boleh diperbaharui.

Ia juga mahu mengadakan peluang bagi kedua-dua negara meneroka penggunaan teknologi untuk menangani cabaran pembiayaan dan pelaburan perdagangan baru.

Amerika Syarikat merupakan pelabur asing terbesar Singapura manakala Singapura adalah pelabur Asia yang keempat terbesar di Amerika Syarikat tahun lepas. 

Sumber : CNA/NF/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan