Images
  • Shan Saudi
    Encik Shanmugam bersama  Menteri Ehwal Dalam Negeri Saudi, Putera Abdulaziz bin Saud bin Naif. (Gambar: MHA)

S'pura, Arab Saudi setuju ganding bahu banteras pengganasan

SINGAPURA: Menteri Ehwal Dalam Negeri, K Shanmugam, sedang mengadakan lawatan rasmi tiga hari di Arab Saudi.

Demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) hari ini (12 Nov).

Encik Shanmugam yang juga Menteri Undang-Undang menemui rakan sejawatannya Menteri Ehwal Dalam Negeri Saudi, Putera Abdulaziz bin Saud bin Naif, hari ini.

Semasa pertemuan itu kedua-dua menteri mengesahkan lagi hubungan muhibbah dan mesra antara Singapura dengan Arab Saudi.

Mereka juga saling bertukar-tukar pandangan berhubungan kerjasama dua hala dalam keselamatan serta ancaman pengganasan global.


(Gambar: MHA)

Encik Shanmugam dan Putera Abdulaziz bersetuju kedua-dua negara perlu bekerja rapat untuk sama-sama membanteras pengganasan dan mengarahkan agensi-agensi keselamatan masing-masing supaya turut berganding bahu melakukan sedemikian.

Encik Shanmugam menyuarakan kutukan keras Singapura terhadap serangan peluru berpandu Houthi baru-baru ini, yang disasarkan ke Riyadh.

Encik Shanmugam juga melahirkan harapan agar langkah-langkah akan diambil oleh semua pihak untuk menghuraikan konflik-konflik di rantau itu.

Ini supaya kesengsaraan para mangsa yang terpalit dalam konflik tersebut boleh dihentikan.

Encik Shanmugam tiba di Arab Saudi semalam (11 lawatan beliau berakhir esok (13 Nov). 

- BERITAMediacorp/nk

Top