Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura akan tinjau penggunaan sistem simpanan tenaga; jimat kos bagi pengguna

Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) bakal melakukan ujian bagi pemasangan sistem simpanan tenaga (ESS) di Singapura, dalam langkah yang boleh membantu para pengguna menjimatkan kos.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 30 Oct 2018 12:04PM Dikemas Kini : 30 Oct 2018 11:53PM

SINGAPURA: Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) bakal melakukan ujian bagi pemasangan sistem simpanan tenaga (ESS) di Singapura, dalam langkah yang boleh membantu para pengguna menjimatkan kos.

ESS adalah bateri atau bentuk lain teknologi yang dipasang pada grid tenaga untuk menyimpan bekalan elektrik apabila permintaannya rendah dan dilepaskan apabila permintaan meningkat.

Teknologi itu mengurangkan keperluan untuk menaik taraf infrastruktur seperti stesen jana kuasa atau alat injak bagi memenuhi permintaan elektrik yang tinggi dalam tempoh singkat, sekali gus memberi peluang kepada para pengguna untuk menjimatkan kos.

EMA akan menguji teknologi itu menerusi penggunaan ESS oleh SP PowerAssets di stesen elektrik di Bedok untuk melicinkan operasi penyaluran bekalan elektrik yang tinggi ke rumah.

SP PowerAssets adalah anak syarikat SP Group dan ini adalah kali pertama ia menggunakan ESS untuk membekalkan tenaga elektrik.

Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk menentukan sama ada teknologi tersebut akan mengurangkan harga elektrik. EMA akan menguji konsep tersebut sebelum memutuskan sama ada atau tidak untuk memasangnya secara berskala besar. Jika ia berlaku, EMA akan menentukan jumlah yang boleh dijimatkan oleh pengguna. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan