Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura akan tanam lagi 170,000 pokok di estet perindustrian sepanjang 10 tahun mendatang

Lembaga Taman Negara (NParks) akan menanam lagi 170,000 pokok di estet-estet perindustiran dalam tempoh 10 tahun akan datang, menggandakan hampir dua kali jumlah pokok sedia ada, iaitu sebanyak 90,000.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 26 Oct 2020 02:54PM Dikemas Kini : 26 Oct 2020 10:08PM

SINGAPURA: Lembaga Taman Negara (NParks) akan menanam lagi 170,000 pokok di estet-estet perindustiran dalam tempoh 10 tahun akan datang, menggandakan hampir dua kali jumlah pokok sedia ada, iaitu sebanyak 90,000.

Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee mengumumkan demikian pada Isnin (26 Okt).

Jumlah ini akan mencapai 260,000 menjelang 2030, menurut NParks dan JTC dalam kenyataan media bersama, sambil menambah bahawa pokok-pokok itu akan ditanam secara berperingkat.

Menurut kedua-dua agensi itu, matlamatnya adalah untuk mendinginkan kawasan-kawasan perindustrian, yang sesetengahnya merupakan antara kawasan yang lebih panas di Singapura dan memperbaiki mutu udara di kawasan-kawasan tersebut.

"Pada masa yang sama, ia juga akan mewujudkan persekitaran tempat kerja yang lebih menarik dan kondusif dengan menerapkan ciri-ciri mesra alam yang berupaya meninggalkan kesan terapeutik di tempat kerja.

Menurut Encik Lee, pokok-pokok tersebut akan ditanam di tepi jalan raya bagi mewujudkan "suasana hutan semula jadi".

Ia sebahagian daripada gerakan Sejuta Pokok yang diumumkan NParks pada awal tahun ini, dengan sasaran untuk menanam sejuta pokok di Singapura menjelang 2030.

Sebelum ini, NParks mengumumkan bahawa ia merancang untuk menanam 100,000 pokok di estet-estet perindustrian dan jumlah itu kini dinaikkan kepada 170,000 pokok.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan