Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura akan gandakan usaha perkukuh hubungan global: Lawrence Wong

Singapura akan menggandakan usaha untuk memperkukuh hubungan dengan negara-negara di merata dunia.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Oct 2021 05:37PM Dikemas Kini : 20 Oct 2021 08:52PM

SINGAPURA: Singapura akan menggandakan usaha untuk memperkukuh hubungan dengan negara-negara di merata dunia.

Berucap di Persidangan Institut Milken pada Selasa (19 Okt), Menteri Kewangan Lawrence Wong berkata keterbukaan dan ketersambungan sudah sebati dengan Singapura sejak sekian lama.

Beliau juga menyeru kepada negara-negara lain supaya bekerjasama untuk mempertingkat model globalisasi di tengah-tengah krisis.

Encik Wong berkata sesetengah negara cenderung mengasingkan diri dan ini mencetuskan perpecahan antara negara-negara dunia serta memburukkan lagi keadaan.

Beliau menambah pandemik sekarang mendedahkan kelemahan sistem global sedia ada.

Namun ia juga membuka haluan bagi perubahan dan terpulang kepada setiap negara untuk merebut atau melepaskan peluangnya.

Menurut Encik Wong Singapura memastikan rantaian bekalannya terus dibuka sepanjang pandemik.

Negara ini juga membenarkan perjalanan tanpa kuarantin bagi mereka yang sudah divaksin.

Encik Wong menggesa semua pihak agar memainkan peranan dalam mencarta hala tuju yang lebih berdaya bingkas, inklusif dan mampan.

"Kami sedang mencarta hala tuju baru ekonomi bagi dunia selepas pandemik.

"Kami berusaha mencapai sasaran sifar pelepasan gas secepat mungkin dan menggerakkan aliran modal untuk menyokong ekonomi hijau Singapura dan serantau.

"Kami membuat banyak pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan memperkasa generasi usahawan baru untuk memanfaatkan sepenuhnya teknologi bagi menghuraikan cabaran-cabaran yang kita hadapi," kata Encik Wong. 

Sumber : CNA/ZM/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan