Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura akan gagal jika perkauman dan xenofobia bertapak: Shanmugam

Singapura akan gagal jika negara ini membenarkan perkauman dan xenofobia menjadi kelaziman, kata Menteri Undang-Undang dan Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam pada Selasa (11 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 May 2021 05:51PM Dikemas Kini : 22 Jul 2021 05:20PM

SINGAPURA: Singapura akan gagal jika negara ini membenarkan perkauman dan xenofobia menjadi kelaziman, kata Menteri Undang-Undang dan Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam pada Selasa (11 Mei).

Perkauman adalah perbuatan yang berbahaya dan boleh menyebabkan semua masyarakat menjadi sasarannya.

Encik Shanmugam menarik perhatian bahawa isu itu ditimbulkan semula baru-baru ini dengan pihak-pihak yang berkenaan sengaja mencetuskan ketakutan dan menggalakkan perbuatan itu.

Beliau memberi respons kepada soalan oleh Anggota Parlimen Murali Pillai mengenai kejadian baru-baru ini melibatkan seorang lelaki menghamburkan kata-kata bersifat perkauman dan menerajang seorang wanita berusia 55 tahun kerana tidak memakai pelitup semasa melakukan kegiatan berjalan pantas.

"Pertama, golongan pendatang dari India, kemudian rakyat Singapura berbangsa India pula.

Walaubagaimanapun, tidak semua orang yang boleh mengenal pasti antara orang-orang India yang lahir di India atau yang lahir di Singapura," kata Encik Shanmugam di Parlimen pada Selasa (11 Mei).

"Wanita yang diserang itu sudah menjadi warga Singapura selama 25 tahun. Jika kita memilih cara itu, akhirnya semua orang India akan menjadi sasaran kebencian.

"Majoriti rakyat Singapura adalah baik dan tidak bersifat perkauman. Namun jika kita terus menyemarakkan sifat perkauman, kita akan berada dalam keadaan yang tidak selesa," ujar beliau.

Awal dari itu, Perdana Menteri Lee Hsien Loong serta menteri-menteri lain sebulat suara menyelar serangan berbaur perkauman di Singapura.

Encik Lee berkata beliau yakin pihak polis akan dapat mengenal pasti fakta-fakta kes dan membawa pelakunya ke muka pengadilan.

Sumber : CNA/SY/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan