Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura akan bantu ASEAN tangani perubahan iklim melalui program baru

Jabatan Kaji Cuaca Singapura juga akan menyumbang S$5 juta kepada program pembangunan keupayaan serantau selama lima tahun, yang dijadual bermula tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura akan bantu ASEAN tangani perubahan iklim melalui program baru

Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli di Mesyuarat Khas Peringkat Menteri ASEAN. (Gambar: Junn Loh)

Diterbitkan : 10 Jul 2018 07:30PM Dikemas Kini : 10 Jul 2018 07:34PM

SINGAPURA: Mulai tahun ini hingga tahun 2020, terdapat beberapa program yang bakal diterajui Singapura sebagai sebahagian daripada usaha untuk membantu negara-negara ASEAN menangani perubahan iklim.

Di bawah Pakej Tindakan Iklim (CAP) yang dilancarkan pada Selasa (10 Julai), Singapura akan menganjurkan beberapa program untuk membangunkan keupayaan dalam bidang-bidang utama seperti pengurangan risiko bencana, sains iklim, pengurusan banjir dan strategi pengurangan dan penyesuaian jangka panjang.

Kursus-kursus di bawah CAP akan diperbaharui setiap tahun dan inisiatif tersebut akan disemak sebelum tahun 2020.

"Kami berharap CAP berguna bagi negara-negara ASEAN kerana ia meningkatkan usaha untuk menangani perubahan iklim," kata Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli di Mesyuarat Khas Peringkat Menteri ASEAN mengenai Tindakan Iklim (SAMCA).

Mesyuarat khas, yang dihadiri wakil-wakil dari ASEAN, merupakan satu inisiatif oleh Singapura, sebagai Pengerusi ASEAN 2018, untuk menyediakan platform serantau bagi membincangkan usaha tindakan iklim.

Rantau ASEAN, yang penduduknya menetap di kawasan pantai yang rendah dan dataran sungai, sangat terdedah kepada paras air laut yang meningkat dan keadaan iklim yang ekstrim, kata Encik Masagos, sambil menekankan bahawa ASEAN perlu terus kekal komited terhadap tindakan iklim.

Menukil kemusnahan yang ditimpakan oleh Taufan Dahsyat Haiyan pada 2013, yang membadai bahagian utara Asia Tenggara dan meragut nyawa lebih 6,000 orang - Encik Masagos memberi amaran bahawa ribut yang lebih buruk mungkin akan melanda.

Selain meningkatkan keupayaan masing-masing, Encik Masagos berkata bahawa Singapura juga akan memberi sokongan bagi bidang-bidang lain. Singapura sedang menyokong penubuhan Kemudahan Insurans Risiko Bencana Asia Tenggara (SEADRIF) yang akan ditubuhkan di Singapura pada tahun 2019.

Jabatan Kaji Cuaca Singapura juga akan menyumbang S$5 juta kepada program pembangunan keupayaan serantau selama lima tahun, yang dijadual bermula tahun ini.

Program tersebut bertujuan untuk memberi manfaat kepada negara-negara ASEAN melalui perkongsian pengetahuan dan kemahiran teknikal dalam bidang cuaca dan ramalan cuaca, untuk membantu rantau ini mengubah suai dasarnya dengan lebih baik terhadap perubahan iklim.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan