Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S’pore GP mula jual tiket “Super Early Bird” bagi F1 2020

Tiket “Super Early Bird” untuk Perlumbaan Formula 1 Grand Prix Singapura pada 2020 sudah boleh dibeli, demikian diumumkan pihak penganjur hari ini (15 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
S’pore GP mula jual tiket “Super Early Bird” bagi F1 2020

(Gambar: Singapore GP)

Diterbitkan : 15 Nov 2019 12:45PM Dikemas Kini : 15 Nov 2019 12:48PM

SINGAPURA: Tiket “Super Early Bird” untuk Perlumbaan Formula 1 Grand Prix Singapura pada 2020 sudah boleh dibeli, demikian diumumkan pihak penganjur hari ini (15 Nov).

Dalam satu kenyataan media, Singapore Grand Prix (GP) menyatakan tiket-tiket tersebut menawarkan penjimatan sehingga 28 peratus daripada harga biasa.

Edisi ke-13 perlumbaan ikonik sebelah malam itu dijadual berlangsung dari 18 Sep hingga 20 Sep tahun depan.

Kategori tiket lain akan dijual dalam beberapa minggu akan datang, dengan dan harga biasa dikenakan mulai 13 Mei 2020.

Selain menyaksikan perlumbaan itu di Litar Perlumbaan Marina Bay, para penonton yang mempunyai tiket sah bagi zon-zon relevan juga boleh menikmati persembahan hiburan.

Lungsuri www.singaporegp.sg untuk mendapatkan tiket anda atau maklumat lanjut mengenai perlumbaan itu. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan