Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S$6.3 juta dikumpul bagi ETF sejak 2017, kata Masagos

Sejumlah S$6.3 juta berjaya dikumpulkan bagi Dana Amanah Pendidikan (ETF) kelolaan Yayasan MENDAKI sejak 2017, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli pada Khamis (20 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sejumlah S$6.3 juta berjaya dikumpulkan bagi Dana Amanah Pendidikan (ETF) kelolaan Yayasan MENDAKI sejak 2017, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli pada Khamis (20 Feb).

Encik Masagos yang juga Pengerusi MENDAKI mengumumkan demikian dalam satu acara jamuan tengah hari sebagai menghargai sumbangan para penderma kepada badan itu dan ETF.

Menurut kenyataan media MENDAKI hari ini (20 Feb), sebanyak 30 wakil pertubuhan dan badan-badan korporat serta penderma perseorangan hadir dalam majlis di Hotel Orchard itu.

Dalam ucapannya, Encik Masagos menyeru rakan-rakan kerja MENDAKI agar terus memainkan peranan membantu kanak-kanak dari golongan berpendapatan rendah mencapai kejayaan dalam pelajaran.

"Ia mungkin dalam bentuk sumbangan wang, luangkan masa untuk lakukan kegiatan sukarela mahupun berkongsi kepakaran kerja. Semuanya sama penting untuk kita dapat terus memberi manfaat kepada pelajar," kata Encik Masagos.

"Hanya dengan bekerjasama dapat kita menjana kesan lebih besar dalam daya usaha kita dan golongan yang ingin dibantu"

USAHA KUTIPAN BARU DIJANGKA, YAKIN BOLEH CAPAI MATLAMAT S$1.5 JUTA

Encik Masagos juga berkongsi pelbagai usaha MENDAKI dalam mengumpul dana bagi ETF sepanjang tiga tahun lalu, seperti acara Golf Amal, kutipan di masjid dan siri pendakian Climbathon.

Pada 2019, ETF mengagihkan hampir S$2 juta kepada pelajar memerlukan dalam bentuk subsidi, dermasiswa dan baucar.

Tahun ini pula, usaha baru seperti Tayangan Wayang Amal akan dianjurkan bagi mengumpul dana ETF.

“Kami berbesar hati dapat memainkan peranan, walau sekecil mana, dengan menaja program membantu MENDAKI mengumpul dana menerusi penjualan buku semasa acara Baca @ Taman tahun lalu,"kata Cik Eve Tan, Pengarah Serantau (Asia Tenggara) bagi syarikat Scholastic Education.

"Kami akan terus menyokong semua masyarakat di sini tidak kira kaum, agama atau bahasa. Kita bekerjasama untuk membangunkan generasa akan datang ”ujarnya yang turut teruja untuk mengambil bahagian dalam inisiatif baru yang dirancang MENDAKI tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa ETF Abdul Razak Hassan Maricar, melahirkan rasa yakin matlamat kutipan S$1.5 juta tahun ini bagi dana tersebut boleh dicapai

Orang ramai yang ingin menyumbang kepada dana ETF boleh melakukan demikian di www.giving.sg/yayasan-mendaki

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan