Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S$26 juta disalurkan bagi kajian kulit di S'pura sepanjang 5 tahun lalu

Lebih banyak dana disalurkan bagi kajian kulit di Singapura, berjumlah S$26 juta sepanjang lima tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 08 Sep 2018 06:22PM Dikemas Kini : 08 Sep 2018 09:19PM

SINGAPURA: Lebih banyak dana disalurkan bagi kajian kulit di Singapura, berjumlah S$26 juta sepanjang lima tahun lalu.

Peningkatan itu sebahagian besarnya demi menubuhkan Institut Penyelidikan Kulit Singapura pada 2013 yang sudah menarik syarikat-syarikat jagaan kulit terkemuka untuk membawa masuk makmal penyelidikan mereka ke Singapura.

Daripada pelembap kulit asas kepada alat-alat berteknologi tinggi yang mengetatkan pori-pori anda.

Pasaran jagaan kulit di Singapura diunjurkan mengaut $473 juta tahun ini.

Tetapi bukan jualannya sahaja yang melambung naik bahkan sektor penyelidikan kulit juga.

Sejak Institut Penyelidikan Kulit Singapura (SRIS) ditubuhkan pada 2013, lebih 30 projek bernilai $11 juta sudah dimulakan dengan ada daripadanya sudahpun menembusi pasaran.

Institut tersebut adalah hasil kerjasama Agensi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*STAR), Universiti Teknologi Nanyang dan Pusat Kulit Nasional.

Antara pemain industri yang SRIS pernah bekerjasama adalah syarikat raksasa kosmetik sejagat seperti L’Oréal, AmorePacific dan P&G.

P&G misalnya berganding bahu dengan seorang penyelidik dari A*STAR untuk merungkai bagaimana satu ramuan tertentu boleh digunakan dalam salah satu produk jagaan kulitnya dengan lebih baik.

Produk itu sudah dilancarkan di China baru-baru ini dan mendapat sambutan baik.

Namun, penyelidikan kulit harus lebih dari sekadar untuk kecantikan luaran sahaja.

Para penyelidik juga berharap dapat mencari huraian lebih baik bagi masalah-masalah biasa seperti jerawat dan ekzema seperti menerusi kerjasama dengan sebuah firma jagaan kulit tempatan, Hyphens.

Penyelidikan kulit sedemikian adalah munasabah memandangkan sehingga 25 peratus penduduk Singapura mengalami isu-isu kulit.

Sumber : CNA/FZ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan