Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S$180 juta diperuntuk bagi kajian AI; 2 program baru bakal dilancar

Semasa berucap di pembukaan Pesta Kewangan Teknologi Singapura serta Minggu Inovasi dan Teknologi hari ini (8 Nov), Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat mengumumkan pemerintah akan menambah pelaburannya sebanyak sepertiga dalam kajian AI. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 08 Nov 2021 03:59PM Dikemas Kini : 08 Nov 2021 08:32PM

SINGAPURA: Singapura akan meningkatkan lagi strategi Kecerdasan Buatannya atau AI.

Semasa berucap di pembukaan Pesta Kewangan Teknologi Singapura serta Minggu Inovasi dan Teknologi hari ini (8 Nov), Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat mengumumkan pemerintah akan menambah pelaburannya sebanyak sepertiga dalam kajian AI.

Di samping itu, dua program nasional AI yang baru juga akan diperkenalkan.

Sedang dunia terus pulih daripada pandemik COVID-19, DPM Heng berkata lebih banyak lagi boleh dilakukan secara bersama untuk memperluaskan kesan inovasi.

Maka itu, Pemerintah akan memperuntukkan lagi S$180 juta untuk mempercepatkan kajian asas dan pengubahsuaian AI. Ini adalah tambahan kepada dana S$500 juta yang sudah diikrarkan sebelum ini.

"Salah satu bidang yang akan dilaburkan lebih banyak dana adalah AI yang cekap sumber. Sebagai sebuah negara kecil, kumpulan data kita juga kecil. Maka itu, kami perlu melatih mesin untuk membuat penilaian daripada kumpulan data yang kecil tetapi bermutu tinggi," kata Encik Heng.

"Pelaburan dalam kajian dan pengembangan (R&D) AI bukan besar jika dibandingkan dengan pelaburan sejagat dalam bidang ini. Namun dengan menumpukan kepada aspek yang boleh meninggalkan kesan paling besar, kita boleh memastikan setiap usaha dikira," tambah beliau.

Singapura sudah mengendalikan lima program AI sejak ia mengumumkan strategi nasional AI pada 2019.

DPM Heng berkata lagi dua program tambahan akan diperkenalkan bagi memanfaatkan kemajuan yang sudah dicapai.

Yang pertama adalah dalam bidang kewangan, meliputi wadah AI yang diberi nama 'NovA!'. Ia akan membantu institusi-institusi kewangan menilai kesan syarikat-syarikat terhadap alam sekitar dan mengenal pasti risiko yang baru muncul.

Program kedua pula adalah bagi sektor awam meninjau penggunaan AI untuk menganalisa maklum balas yang diterima oleh agensi-agensi pemerintah serta memperbaiki usaha memadankan pekerjaan di portal pekerjaan nasional.

DPM Heng juga mengumumkan tentang pelancaran e-GIRO.

Khidmat baru itu melibatkan pendigitalan sepenuhnya proses GIRO dan mempercepatkan proses permohonan bagi pembayaran secara automatik.

Sumber : CNA/AI/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan