Images
  • comcare
    (Gambar: CNA)

S$127 juta bantuan ComCare diagihkan kepada 37,000 keluarga pada 2018

SINGAPURA: Jumlah penerima bantuan ComCare, iaitu skim bantuan sosial pemerintah berkurangan tahun lalu.

S$127 juta diagihkan kepada sekitar 37,000 keluarga pada tahun kewangan lalu, turun sedikit berbanding 2017.

Bagaimanapun, sejajar dengan banci penduduk semakin menua, kumpulan penerima dari keluarga-keluarga yang diketuai mereka berusia 55 hingga 64 tahun, semakin meningkat.

Mereka membentuk 25% daripada 27,000 keluarga yang menerima bantuan jangka pendek hingga jangka sederhana.

Seorang pakar sosiologi mengatakan jika keperluan mereka yang menerima bantuan jangka pendek tidak dijaga, lebih ramai pemohon yang dijangka bertukar mendapatkan bantuan jangka panjang.

Sekitar 80% isi rumah yang menerima bantuan jangka panjang mempunyai warga tua yang berusia 65 tahun ke atas. 

- CNA/MM/ha

Top