Images
  • tan chuan jin
    Kumpulan yang memanjat tangga Hotel MBS demi kumpul dana. (Gambar: Community Chest Singapore/ Facebook)

S$1.65 juta terkumpul melalui acara Community Chest Heartstrings

SINGAPURA: Acara berjalan kaki amal "Community Chest Heartstrings" berjaya mengumpul dana S$1.65 juta bagi golongan yang memerlukan.

Sekitar 8,000 peserta mengambil bahagian dalam acara menyambut ulang tahun ke-35 Dana Masyarakat tersebut.

Buat pertama kalinya, poster-poster dengan kod QR dipaparkan di sepanjang laluan peserta. Orang ramai hanya perlu mengimbas kod-kod QR untuk memberi sumbangan. Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean merasmikan acara berjalan beramai-ramai itu.

Acara maraton memanjat tangga bangunan 57 tingkat turut diadakan di Hotel Marina Bay Sands. Speaker parlimen Tan Chuan Jin dan 12 pelajar dari sekolah pendidikan khas, Metta School, antara yang mengambil bahagian dalam acara itu buat pertama kali.

Semua hasil kutipan akan disalurkan kepada badan-badan amal yang disokong Dana Masyarakat.  

- CNA/AZ/aq

Top