Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S$1.2 juta dikumpulkan bagi Dana Masyarakat di acara amal Kementerian Pengangkutan

Kementerian Pengangkutan dan badan-badan berkanun di bawahnya berjaya mengumpul sekitar S$1.2 juta untuk Dana Masyarakat di acara MOT Family Charity Outreach pada Rabu (11 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Sep 2019 09:22PM Dikemas Kini : 11 Sep 2019 09:25PM

SINGAPURA: Kementerian Pengangkutan dan badan-badan berkanun di bawahnya berjaya mengumpul sekitar S$1.2 juta untuk Dana Masyarakat di acara MOT Family Charity Outreach pada Rabu (11 Sep).

Pada hari ini juga, 60 kanak-kanak dan penjaga dari Pusat Penjagaan Pelajar Hougang Sheng Hong, salah sebuah pusat badan amal di bawah Dana Masyarakat turut menikmati pengalaman Dwiabad.

Menteri Pengangkutan, Khaw Boon Wan pula menyampaikan cek kepada Naib Pengurusi Dana Masyarakat Encik Cher Kwee San.

Jumlah derma yang dikumpulkan S$200,000 lebih tinggi berbanding tahun lalu, sekali gus membawa jumlah wang derma kepada hampir S$10 juta sejak pelancaran program tahunan itu pada 2010. 

Sumber : CNA/HA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan