Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ryde lancar khidmat penghantaran bermula 3 Sep

Pengendali tempahan kereta sewa, Ryde, memasuki satu lagi pasaran sangat kompetitif dengan melancarkan khidmat penghantaran dari rumah ke rumah pada 3 September ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Aug 2018 11:14PM Dikemas Kini : 15 Aug 2018 11:21PM

SINGAPURA: Pengendali tempahan kereta sewa, Ryde, memasuki satu lagi pasaran sangat kompetitif dengan melancarkan khidmat penghantaran dari rumah ke rumah pada 3 September ini.

RydeSEND akan membolehkan individu menghantar bungkusan kecil secara langsung kepada satu sama lain dengan menggunakan rangkaian pemandu persendirian dan yang berkongsi kereta di bawah syarikat tersebut.

Jambangan bunga, dokumen-dokumen penting mahupun bekalan makanan. Itulah antara beberapa barangan yang boleh anda hantar terus menggunakan perkhidmatan baru Ryde, RydeSEND.

Ryde menyatakan, ia berharap dapat bersaing dengan menjadi lebih baik dan lebih pantas dengan menjaminkan masa penghantaran tidak lebih dari 60 minit.

RydeSEND menyertai khidmat penghantaran yang sama seperti GoGoVan, Uparcel dan Lalamove.

Para pesaingnya sudah memulakan harga antara S$9 hingga S$15 untuk ukuran bungkusan serupa.

Apabila ia dilancarkan nanti, khidmat RydeSEND akan berharga S$6 lebih tinggi berbanding kereta sewa persendirian RydeX yang bersamaan.

Misalnya, penghantaran dari One Raffles Quay ke Orchard ION boleh menelan kos S$15.70.

Bagaimanapun, penganalisis percaya bahawa harga tersebut akan menjadikan perkhidmatan itu suatu yang premium dan lantas boleh merugikan.

Pada masa depan, Ryde berharap untuk memperluaskan khidmatnya kepada e-dagang dan membuat penghantaran daripada perniagaan ke pengguna.

Sumber : CNA/FZ/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan