Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ryde buat aduan polis kerana akaun palsu, tempahan 'hantu'

Ryde membuat aduan polis selepas lebih 300 akaun palsu dan lebih 2,000 tempahan 'hantu' - iaitu merujuk kepada adanya tempahan tetapi tiada orangnya - dibuat di platform syarikat tersebut sejak pertengahan Mei.

Anggaran Waktu Membaca:
Ryde buat aduan polis kerana akaun palsu, tempahan 'hantu'

Gambar fail.

Diterbitkan : 28 Jun 2018 08:44PM Dikemas Kini : 28 Jun 2018 08:46PM

SINGAPURA: Ryde membuat aduan polis selepas lebih 300 akaun palsu dan lebih 2,000 tempahan 'hantu' - iaitu merujuk kepada adanya tempahan tetapi tiada orangnya - dibuat di platform syarikat tersebut sejak pertengahan Mei.

Dalam satu kenyataan, syarikat tempatan itu menyatakan bahawa ia menerima banyak maklum balas daripada para pemandu menerusi emel dan media sosial tentang akaun pemandu palsu dan tempahan palsu di aplikasi khidmat kereta sewa RydeX.

Para pemandunya secara keseluruhannya rugi lebih S$50,000 dari segi pendapatan, menurut Ryde.

Menyusuli siasatan yang dijalankan sendiri, syarikat tersebut menyatakan bahawa ia mendapati "bukti digital kukuh" yang merujuk kepada beberapa alamat IP.

Syarikat itu turut menegaskan bahawa ia tidak akan membiarkan tindakan mengelirukan sedemikian yang boleh mengancam mata pencarian pemandu sambil. Ryde menambah bahawa ia akan mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk memastikan para pemandu yang bergantung kepada platform tersebut bagi pendapatan mereka, tidak terjejas.

"Selain menyebabkan para pemandu rugi tambang minyak, perbuatan-perbuatan sebegini menghambat kebolehan pemandu untuk mengambil tugasan lain kerana mereka hanya memandu sana sini mencari penumpang sedang mereka sebaliknya boleh mengambil penumpang lain," demikian menurut Ryde.

Ryde juga menyatakan bahawa ia akan terus memantau keadaan dan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk membanteras 'tempahan-tempahan hantu' ini. 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan