Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rusa sambar dalam kemalangan BKE dimatikan

Rusa sambar dalam kemalangan di Ekspreswe Bukit Timah (BKE) awal pagi tadi (17 Jun), terpaksa dimatikan kerana mengalami kecederaan amat parah.

Anggaran Waktu Membaca:
Rusa sambar dalam kemalangan BKE dimatikan

Pasukan WRS mendapati haiwan yang cedera itu dalam keadaan menyedihkan. (Gambar: ACRES)

Diterbitkan : 17 Jun 2018 09:25PM Dikemas Kini : 17 Jun 2018 09:29PM

SINGAPURA: Rusa sambar dalam kemalangan di Ekspreswe Bukit Timah (BKE) awal pagi tadi (17 Jun), terpaksa dimatikan kerana mengalami kecederaan amat parah.

Menurut Wildlife Reserve Singapore (WRS), ia dimaklumkan tentang insiden itu oleh Persatuan Kajian dan Pendidikan Keprihatinan Haiwan (ACRES) pada sekitar 6.45 pagi.

"Sebuah pasukan penyelamat yang terdiri daripada lima penjaga taman haiwan dan seorang doktor haiwan dikerahkan ke tempat kejadian," menurut WRS. "Pasukan itu mendapati haiwan yang cedera itu dalam keadaan menyedihkan. Setelah menjalani pemeriksaan, mereka mendapati terdapat beberapa lelasan dan luka di seluruh badannya. Keretakan tulang di kaki belakangnya juga disyaki mengakibatkan haiwan itu tidak mampu berdiri.

"Demi keselamatan haiwan dan para pengguna jalan raya, rusa sambar seberat 120 kilogram itu diberi sedatif dan dibawa ke hospital haiwan di WRS - pusat khas bagi operasi menyelamat di Singapura - untuk diberikan bantuan perubatan secepatnya."

Selepas melakukan pemeriksaan lanjut, para doktor mengesahkan bahawa luka haiwan itu terlalu teruk. Ia dimatikan pada jam 8.00 pagi atas dasar kemanusiaan, tambah WRS.

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan