Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rundingan dagangan AS-China perlu ambil kira pengaruh Beijing yang semakin meluas

Rundingan dagangan antara Amerika Syarikat dengan China perlu mengambil kira pengaruh China yang semakin meluas di persada dunia serta kepentingannya dalam ingin membentuk norma yang berubah-rubah, menurut Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan pada Rabu (15 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Rundingan dagangan AS-China perlu ambil kira pengaruh Beijing yang semakin meluas

Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan.

Diterbitkan : 16 May 2019 10:20PM Dikemas Kini : 16 May 2019 10:25PM

SINGAPURA: Rundingan dagangan antara Amerika Syarikat dengan China perlu mengambil kira pengaruh China yang semakin meluas di persada dunia serta kepentingannya dalam ingin membentuk norma yang berubah-rubah, menurut Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan pada Rabu (15 Mei).

Berucap di Pusat Pengajian Strategik dan Antarabangsa di Washington, Dr Balakrishnan berkata menyifatkan China sebagai seteru yang perlu dibendung tidak wajar pada jangka masa panjang kerana terdapat pelbagai isu yang memerlukan kerjasama antara dua kuasa besar dunia itu.

"Persaingan dengan China tidak dapat dielakkan, namun ia tidak perlu menjadi suatu permainan kalah-menang. Persaingan membina patut berlangsung berpandukan norma sejagat dan undang-undang antarabangsa."

Menekankan bahawa perang dagangan antara Amerika Syarikat dan China mencetuskan ketidaktentuan serta menggegarkan pasaran global, Dr Balakrishnan berkata Asia Tenggara sedang memerhati perkembangan dengan penuh kebimbangan.

“Bagi kita, terutamanya bagi kami negara-negara kecil, tidak ingin terpaksa membuat pilihan yang memecah belah," kata beliau.

Singapura akan sangat terjejas oleh perang dagangan Amerika Syarikat-China kerana perdagangan Singapura adalah tiga kali ganda GDPnya.

Presiden Amerika Syarikat minggu lalu mengarahkan tarif baru ke atas barangan dari China, sambil menuduh Beijing sebagai tidak memenuhi komitmen setelah berbulan-bulan berunding.

China menolak dakwaan tersebut dan membalas dengan cukai lebih tinggi ke atas barangan yang diimport dari Amerika Syarikat.

SINGAPURA KOMITED TERHADAP DAGANGAN BEBAS

Banyak negara termasuk Singapura, percaya pada sistem pelbagai pihak berdasarkan undang-undang dan perdagangan bebas, kata Dr Balakrishnan yang berada di Washington atas lawatan kerja.

Dr Balakrishnan menambah bahawa penyejagatan dan aturan dunia yang dibayangkan Amerika Syarikat sudah memberi keamanan dan kemakmuran kepada dunia selama tujuh dekad.

Beliau memberi amaran sebuah dunia yang terbahagi kepada blok-blok persaingan akan mengancam faedah-faedah itu, sedang dunia menangani gangguan masyarakat dan revolusi teknologi.

"Rayuan saya kepada Amerika Syarikat adalah agar memperkukuh komitmen untuk sama-sama meraih manfaat," tekan Dr Balakrishnan.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan