Images

Rumah Terbuka Istana pada 1 Ogos ditunda dek sekatan P2HA

SINGAPORE: Acara Rumah Terbuka Istana pada 1 Ogos akan ditunda pada satu tarikah kelak berikutan pengumuman bahawa Singapura akan kembali semula ke Fasa 2 (Kewaspadaan Dipertingkat) pada Khamis (22 Jul).

Pejabat Presiden mengumumkan pada 13 Julai bahawa Istana bakal membuka pintunya kepada khalayak ramai pada 1 Ogos, iaitu kali pertama dalam masa sekitar 18 bulan, sempena sambutan Hari Kebangsaan.

"Kami meminta maaf atas sebarang kesulitan yang timbul," menurut Pejabat Presiden pada Rabu (21 Jul).

Pada Selasa, pasukan bertindak berbilang kementerian COVID-19 mengumumkan langkah-langkah COVID-19 lebih ketat termasuk saiz kumpulan lebih kecil untuk membendung penularan koronavirus. Fasa 2 (Kewaspadaan Dipertingkat) akan berkuat kuasa Khamis (22 Jul) hingga 18 Ogos.

Istana biasanya dibuka kepada umum pada lima hari setiap tahun. Namun akibat pandemik COVID-19, pekarangannya ditutup kepada orang ramai sejak Februari tahun lalu.

Pembukaan Istana yang dijadualkan pada 13 Mei lalu untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Buruh dibatalkan selepas langkah-langkah diperketatkan di tengah-tengah lonjakan kes COVID-19.

Rumah terbuka yang sepatutnya diadakan pada 1 Ogos itu hanya bagi pemegang tiket ke acara Mei yang dibatalkan, menurut Pejabat Presiden minggu lalu dalam responsnya kepada pertanyaan Mediacorp.

Keseluruhannya, 4,000 tiket percuma diperuntukkan bagi acara rumah terbuka pada Mei lalu, menurut seorang jurucakap. 

- CNA/FZ/fz

Top