Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rumah jagaan dewasa kurang upaya di Sembawang mula operasi jelang April

Sebuah rumah jagaan bagi golongan dewasa yang kurang daya intelek di Sembawang akan mula beroperasi bulan depan, menurut Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).

Anggaran Waktu Membaca:
Rumah jagaan dewasa kurang upaya di Sembawang mula operasi jelang April
Diterbitkan : 26 Mar 2018 09:17AM Dikemas Kini : 26 Mar 2018 09:21AM

SINGAPURA: Sebuah rumah jagaan bagi golongan dewasa yang kurang daya intelek di Sembawang akan mula beroperasi bulan depan, menurut Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).

Ini selepas laporan awal menyatakan bahawa rumah berkenaan akan dibina sebelum Mac 2016 , dengan tarikh tersebut kemudian ditunda sehingga hujung 2017.

Seorang jurucakap kementerian tersebut memberitahu Mediacorp bahawa pusat pertama di Singapura yang dikhususkan untuk autisme akan ditempatkan di Sengkang dan dijangka siap menjelang Oktober ini. Sementara itu, sebuah rumah jagaan bagi golongan kurang upaya di Pasir Ris dijangka siap pada suku kedua 2020 dengan tender pembinaannya dibuka baru-baru ini.

Rumah jagaan di Sembawang itu siap dibina pada November tahun lalu dengan kos lebih S$18.5 juta manakala rumah jagaan di Pasir Ris dan Sengkang pula secara keseluruhannya dijangka menelan belanja lebih S$23.7 juta. Ketiga-tiga rumah jagaan itu akan menambah bilangan rumah jagaan dewasa kurang upaya di Singapura kepada 11.

Jadual pembinaan rumah di Sengkang yang akan dikendalikan oleh Pusat Autisme St Andrew’s itu dilanjutkan dari Jun ke Oktober. Ia akan menerapkan ciri-ciri reka bentuk yang sesuai bagi individu-individu yang mengalami autisme, menurut MSF.

Dana Masyarakat juga terlibat sama dalam pembinaan rumah itu dengan menggalak rakyat Singapura supaya menyumbang kepada usaha mengumpul dana dan mengambil berat terhadap golongan yang mengalami autisme.

Thye Hua Kwan Moral Charities (THKMC) pula dilantik untuk mengendalikan rumah jagaan di Sembawang yang boleh menampung seramai 180 orang. Sejauh ini, pengerusinya, Encik Lee Kim Siang berkata bahawa 97 klien sudah dirujuk kepada pihaknya dan ia akan menerima masuk 20 klien secara bertahap-tahap mulai bulan depan.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan