Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ruang udara S'pura dikawal ketat semasa Sidang Trump-Kim

Ruang udara Singapura akan dihadkan semasa sidang Amerika Syarikat-Korea Utara, menurut notis kepada kakitangan penerbangan yang dimuat naik oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan Jabatan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) hari ini (6 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Ruang udara S'pura dikawal ketat semasa Sidang Trump-Kim

Gambar hiasan. (Gambar: ROSLAN RAHMAN/AFP)

Diterbitkan : 06 Jun 2018 02:38PM Dikemas Kini : 06 Jun 2018 02:40PM

SINGAPURA: Ruang udara Singapura akan dihadkan semasa sidang Amerika Syarikat-Korea Utara, menurut notis kepada kakitangan penerbangan yang dimuat naik oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan Jabatan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) hari ini (6 Jun).

Menurut notis itu, ruang udara Singapura akan dihadkan buat sementara waktu pada 11, 12 dan 13 Jun.

Ini kerana Singapura bakal menjadi tuan rumah kepada sidang kemuncak antara Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un di Hotel Capella di Sentosa pada 12 Jun.

Kesemua pesawat yang mendarat di Lapangan Terbang Changi dikehendaki mengurangkan kelajuan dan berdepan dengan sekatan terhadap penggunaan landasan kapal terbang atas "tujuan keselamatan negara", menurut notis itu.

Lapangan Terbang Changi belum lagi mengesahkan maklumat yang terkandung dalam notis tersebut. 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan